SPAD Gantung Permit Pengendali 2 Bas Pekerja

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung permit kenderaan pengendali dua bas pekerja yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 berhampiran Plaza Tol Juru, Butterworth sehingga mengorbankan lapan penumpang, semalam.

SPAD menerusi satu kenyataan media, hari ini memberitahu pihaknya sudah menggantung permit setiap kenderaan milik kedua-dua pengendali terbabit iaitu KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd semalam

"Tindakan menggantung permit itu bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Bahagian Pematuhan dan Audit Keselamatan SPAD ke atas kedua-dua pengendali berdasarkan piawaian Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP).

"SPAD akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010) ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang," kata kenyataan itu.

Katanya lagi, tindakan undang-undang yang tegas akan dikenakan terhadap pengendali yang didapati cuai di dalam pengurusan operasi.

"Bergantung kepada tahap kesalahan, lesen pengendali syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan, ini kerana keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian kenderaan awam darat sentiasa menjadi keutamaan SPAD.

"Mengikut syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, semua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung amalan keselamatan pada tahap tertinggi," katanya.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan