Putera Charles Kagum Dengan Kekayaan Warisan Negara

Kuala Lumpur - Pewaris takhta Britain, Putera Charles memulakan lawatan sulung ke Malaysia hari ini dengan menzahirkan kekaguman baginda terhadap kekayaan budaya warisan dan kepelbagaian kaum di negara ini.

"Saya harus mengatakan bahawa saya sentiasa terpesona dengan kekayaan budaya, agama dan kepelbagaian kaum di Malaysia, ...jika saya berkata demikian, ia sesuatu yang perlu dihargai dan diraikan," kata Putera Wales itu pada majlis resepsi yang dihoskan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

"Saya tidak dapat bayangkan betapa gembiranya saya berada di Malaysia buat kali pertama dan pada waktu sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Malaysia," katanya pada majlis rasmi pertama sempena lawatan seminggu bersama isteri, Camillia, Duchess of Cornwall.

Baginda berdua tiba di ibu negara semalam bagi lawatan rasmi ke Malaysia, antara destinasi baginda dalam Jelajah Musim Luruh Diraja.

Majis resepsi itu diadakan di Muzium Kesenian Islam, berhampiran dengan Masjid Negara di sini.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan