Penang – A “Failed State”

Selama ini DAP menghasut penyokong Pakatan bahawa Malaysia menuju kearah “failed state” tetapi hakikatnya, P Pinang telah menjadi negeri “Failed State” dibawah pimpinan Lim Guan Eng.

Tanah negeri telah digadai dan dijual, Ketua Menteri didakwa dengan rasuah, banjir yang tidak bersudahan, bukit di botakkan dan lereng bukit dipotong.

Tambah lagi pemilihan CEC DAP juga penuh dengan penipuan dan tidak sah.

Parti memerintah P Pinang ini juga suka bersembunyi di sebalik guaman apabila di soal tentang isu-isu ini.

Semua ini menunjukkan DAP adalah satu parti yang gagal dan penuh dengan hipokrasi dan ini seterusnya menjadikan P Pinang sebagai negeri “Failed State.”

DAP telah cuba mengaburi rakyat dengan pelbagai tuduhan 1MDB dan menunggang Tun M untuk menyerang BN tetapi rakyat kini boleh melihat sendiri hipokrasi dan fitnah mereka.

Malaysia tidak perlu diselamatkan, sebaliknya P Pinang yang perlu di selamatkan.

#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14 #Penangfailedstate

Post Metro Online

Artikel Berkaitan