Konvensyen Media Sosial (KMS) Anjuran Biro IT UMNO Malaysia Pada Sabtu 4/11/17 di PWTC KL.

Bagi pihak urusetia, saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih atas kehadiran antara 3800-4000 peserta dari 166 bhg (kecuali Sabah) yang telah menghadiri KMS. Konvensyen Sabah akan diadakan pada suatu tarikh yang lain.

Bersama-sama ini disertakan ikrar yang telah saya ketuai pembacaannya di hadapan YAB DS Najib, Presiden UMNO pada penutup KMS sebagai mengganti resolusi yang biasa dibuat dalam sesuatu Konvensyen. Ikrar ini bersama sijil kehadiran telah diberi kepada peserta.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua urusetia luar yang telah bekerja termasuk urusetia pameran dan cabutan bertuah. Juga terima kasih kepada YAB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, YB DS Mustapa Mohamed, YB Khairy Jamaludin yang telah berucap dan 2 pasukan ahli panel dalam 2 forum yang telah diadakan dari SKMM, PDRM, JASA, PMO & Biro IT Selangor.

Jumlah peserta yg mendaftar awal ialah 3200. T-shirt dan beg disediakan melebihi daripada yang mendaftar iaitu sebanyak 3500. Namun yang hadir melebihi jangkaan. Oleh itu, saya telah berjanji untuk memberi t-shirt dan power bank kpd yang belum dapat. Mohon sedikit masa untuk penghantaran ini.

Power bank itu disumbangkan secara percuma kepada Biro IT dan penyumbang tidak meminta apa-apa sebagai balasan. Malangnya, ada power bank yang rosak. Ini adalah isu antara penyumbang dan pembekal. Walau pun begitu, saya berjanji untuk memberi power bank yang lain kepada yang berkaitan.

Urusan t-shirt dan power bank ini boleh dinyatakan dalam group Biro IT bahagian masing-masing.

Saya telah menyebut bahawa perang siber dalam PRU 11, 12 & 13 tidak dimenangi oleh UMNO dan BN. Kenyataan itu tidak bermaksud untuk menafikan sumbangan usaha oleh peneraju awal jentera siber.

Harapan kita ialah dengan gabungan Biro IT di 191 bahagian yang bergerak bersama dengan jentera siber yang sudah lama berjuang, maka perang siber dalam PRU14 ini akan dimenangi oleh UMNO & BN. Insya'Allah.

Terima kasih.

Tepat-Cepat-Tular
NegaraKu Satu - Malaysia
Hidup - UMNO
Hidup - Barisan
Hidup - Rakyat

Post Metro Online

Artikel Berkaitan