Laporan Siasatan Forex Jadi Dokumen Awam

Kuala Lumpur - Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an akan dijadikan dokumen awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, dalam satu kenyataan, berkata laporan suruhanjaya yang diedarkan hari ini untuk makluman kepada semua Ahli Parlimen.

Katanya, tuduhan pembangkang kononnya suruhanjaya siasatan berkenaan sebagai langkah politik tidak berasas.

Ini disebabkan, katanya, penubuhan suruhanjaya siasatan berkenaan dilakukan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat tadbir urus niaga tukaran mata wang asing yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan suruhanjaya siasatan berkenaan mengikut Seksyen 2 (1) (d) dan Seksyen 3 (1) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 pada 15 Julai 2017.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan