KJ Dalam Kelas Tersendiri

Ucapan dasar Khairy Jamaluddin sejak menang jawatan Ketua Pemuda pada tahun 2009 memang sentiasa dinantikan.

Bukan setakat mendengar, malah meneliti setiap bait ungkapan dan kandungannya.

Bersahaja tapi bersemangat. Sederhana tetapi tegas. Mengkritik tetapi membina. Halus tetapi tajam. Panjang tetapi berisi.

Menjadi Ahli Parlimen Rembau baru saja pada tahun 2008 tetapi hanya dilantik ke jawatan menteri pada 2013.

Belum sampai 10 tahun memegang jawatan utama politik, namun daya kepimpinannya makin terserlah.

Hari ini sekali lagi beliau berucap, kali kelapan bagi anak muda yang dilahirkan di Kuwait, 41 tahun lalu.

Ketika beliau berucap, 970 perwakilan dari 191 bahagian memberi tumpuan dan mengikuti butiran ucapannya.

Khairy atau KJ memang pembahas cemerlang. Bukan sahaja gayanya, malah kandungannya amat padat dan kaya dengan maklumat, nasihat, pandangan dan cadangan.

Dalam teks ucapannya tertulis tema yang sengaja dibuat begini, "Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu, Transformasi Sebenar✔.

Seperti biasa, kandungannya amat menarik. Beliau mengingatkan ahli UMNO dan rakyat jangan supaya jangan bernostalgia kononnya kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad lebih baik dan membandingkannya dengan era Datuk Seri Najib Razak secara semborono.

Khairy mahu ia dikaji dan diteliti supaya tidak terpedaya dengan kisah nostalgia dongeng yang didendangkan oleh pembangkang.

Secara panjang lebar beliau menyentuh pelbagai kejayaan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan BN yang tidak dilaksanakan dan gagal ketika 22 tahun pentadbiran Mahathir.

Beliau juga menyentuh harapan palsu yang dimomok oleh Pakatan Harapan yang mustahil dilaksanakan oleh pembangkang jika pun menang, seperti menghapuskan GST dan pembayaran balik hutang PTPTN.

Mengenai Transformasi Sebenar, Khairy mengajak rakyat menyokong Transformasi Nasional 2050 atau TN50, yang menurutnya adalah transformasi sejati bagi menyediakan Malaysia untuk menghadapi cabaran mendatang.

Sebagai rumusan, Khairy berada dalam kelas tersendiri dan saya bagi lima bintang kepada Menteri Belia dan Sukan ini.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan