MCA - Perutusan Tahun Baru Presiden

Sambil kita bersiap sedia menyambut tahun baru, marilah kita mengimbau kembali semua yang telah kita lalui bagi tahun 2017 pada peringkat nasional mahupun peringkat antarabangsa. Pelbagai dugaan telah kita hadapi bersama, namun kita perlu kagum akan daya ketabahan dan keazaman yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia ketika berdepan dengan cabaran.

Sudah pasti, tidak mungkin lengkap jika kita tidak meraikan kejayaan negara kita setanding dengan semangat ini. Dari segi ekonomi, walaupun menghadapi pelbagai rintangan, ekonomi kita telah tetap berkembang kukuh.

Baru-baru ini Dana Antarabangsa (IMF) telah meningkatkan ramalan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar pertumbuhan sebanyak 5.5%-6.0%.

Manakala, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah menerajui hubungan dua hala bersama negara-negara termasuk Amerika Syarikat, China, India, Indonesia, dan Jepun bagi menjalin hubungan yang lebih erat serata dunia.

Melangkah ke 2018, ia jelas menunjukkan bahawa tiada batasan untuk kita terus mencapai trajektori yang telah ditetapkan. Bajet 2018 telah menetapkan asas untuk memanfaatkan potensi ini secara holistik.

Dari pengurangan cukai pendapatan yang akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, kepada peruntukan penting ke arah meningkatkan pelbagai industri termasuklah sektor pengangkutan darat, maritim dan sektor penerbangan.

Tidak ragu-ragu, kerajaan Barisan Nasional memberi tumpuan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan dan kebajikan rakyat.

Bagi MCA pula, kami juga penuh dedikasi terhadap tanggungjawab untuk menyokong masyarakat. Melalui usaha MCA bersama KOJADI, kami telah memberikan lebih dari RM150 juta pinjaman kepada usahawan PKS untuk menyediakan peluang baru seterusnya memperkembangkan perniagaan mereka.

MCA juga memberi tumpuan penting kepada sektor pendidikan dan kami bangga bahawa pinjaman pendidikan KOJADI telah memastikan pendidikan tertiari dapat dinikmati oleh ramai generasi muda.

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) masing-masing telah menghasilkan lebih 200,000 graduan yang berjaya, dan akan terus menawarkan kursus-kursus berkualiti pada tahun-tahun akan datang.

Hari ini, UTAR sudah menduduki carta universiti kedua terbaik di Malaysia dan MCA bertekad untuk terus meningkatkan kemudahan UTAR untuk menjadi salah satu universiti terbaik di rantau Asia.

Di samping itu, usaha neo-urbanisasi untuk Kampung Baru Cina di seluruh Malaysia sedang berjalan lancar. MCA menerajui usaha-usaha untuk menyediakan peluang baru kepada belia dari kawasan-kawasan ini, terutamanya dalam melatih mereka mereka melalui program keusahawanan dan pertanian moden.

Adalah menjadi harapan kami bahawa ini akan dapat memberi nafas baru kepada penduduk kawasan luar bandar dan juga mewujudkan platfom ekonomi untuk komuniti.

MCA terus mengukuhkan hubungan diplomatik dengan China bagi pihak negara kita. Perkembangan pesat inisiatif One Belt One Road China telah mengeratkan lagi hubungan negara di peringkat antarabangsa dan Malaysia akan menerima pelbagai kesan positif dari usahasama ekonomi ini.

Inilah antara pencapaian yang membanggakan oleh MCA dan BN pada tahun ini. Kami bertekad untuk terus berkhidmat kepada rakyat pada tahun hadapan.

Sebagai sebuah negara yang bersatu padu, kita juga telah berkembang maju dan kita berada di landasan yang tepat demi mencapai matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju.

Saya yakin jika kita terus mengekalkan nilai-nilai yang kita sanjungi dan bersikap kesederhanaan, saling menghormati dan penerimaan antara satu sama lain, kita akan terus berkembang maju.

Pada tahun yang akan datang, marilah kita sekali lagi berjanji untuk bersama-sama menyingkirkan unsur-unsur yang boleh memecah belah, dan berusaha untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Bagi mereka yang memandu pada hujung minggu, sila berhati-hati di jalan raya. Selamat Tahun Baru kepada semua!

Post Metro Online

Artikel Berkaitan