Pro Pakatan Galak Memfitnah

Budaya fitnah menerusi media sosial semakin menjadi-jadi bertujuan memburukkan kerajaan terutama PM Najib Razak.

Terbaharu, penyebaran berita kononnya tarif elektrik dinaikkan bagi menyelamatkan TNB daripada kerugian.

Kenyataan Najib mengenai kenaikan tarif elektrik itu merupakan berita lama bertarikh 16 Mei 2014 tetapi disebarkan semula oleh penyokong Pakatan.

Beberapa hari lalu, pro Pakatan turut menyebarkan fitnah kononnya kerajaan menarik semula anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjaga keselamatan Pengerusi Pakatan, Mahathir.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fauzi Harun menjelaskan dakwaan itu tidak benar, anggota UTK masih dikekalkan bagi menjaga keselamatan bekas PM itu.

Pro Pakatan semakin terdesak untuk menyerang Najib kerana sedar sokongan terhadap mereka semakin merosot menjelang PRU14, manakala sokongan kepada Najib dan kerajaan BN pula semakin meningkat.

#Pakatanprodap #Tolakpakatanpru14 #KekalBN

Post Metro Online

Artikel Berkaitan