P. Pinang Akhirnya Sedar Keperluan Tebatan Banjir

DUN Pulau Pinang meluluskan usul tergempar supaya semua pihak bekerjasama untuk menangani masalah.

Tahniah kepada kerajaan Lim Guan Eng yang akhirnya mengakui kepentingan menyediakan sistem tebatan banjir dan perparitan yang lebih sistematik.

Walaupun ini bukan masanya untuk menuding jari atau bermain politik seperti yang ditegaskan PM Najib Razak, tapi kejadian terburuk itu sekurang-kurangnya dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak khususnya Guan Eng supaya tidak memandang ringan masalah banjir.

Sekadar mengingatkan bahawa Laporan Ketua Negara pernah menyatakan kerajaan Pulau Pinang gagal menyalurkan RM22.09 juta untuk mengatasi banjir dan Guan Eng memberi alasan 'terlepas pandang'.

Sejak RMK-5 hingga RMK-11, kerajaan Pusat telah menyalurkan lebih RM1 bilion kepada Pulau Pinang untuk atasi banjir.

Kejadian banjir terbaharu ini berlaku kerana hujan lebat dan berterusan menyebabkan limpahan air hujan bertembung air pasang. Mungkin kerosakan boleh dikurangkan jika Guan Eng tidak 'terlepas pandang'.

#Tolakpakatanpru14 #KekalBN

Post Metro Online

Artikel Berkaitan