Demi Anwar, Sanggup Ketepikan Mangsa Banjir

Pakatan berhimpun di Dataran Merdeka baru-baru ini bagi meraikan genap 1,000 hari pemimpin agung mereka, Anwar Ibrahim, merengkok dalam penjara di Sungai Buloh.

Seperti biasa, Pakatan menghentam kerajaan dengan pelbagai fitnah kononnya Anwar menjadi mangsa permainan kotor BN.

Wan Azizah pula tidak berubah, masih mengguna taktik lama untuk meraih simpati penyokong-penyokongnya dengan cerita kesihatan suaminya yang semakin teruk.

Taktik Wan Azizah tidak lagi laku. Anwar beberapa kali 'kantoi' menipu tentang kesihatannya. Dulu puak PKR mendakwa Anwar dikejarkan ke hospital kerana kesihatannya makin teruk.

Namun beberapa jam kemudian pihak HKL mendedahkan Anwar dihantar ke HKL untuk menerima rawatan yang telah dijadual lebih awal. Untuk menutup malu, puak PKR mendakwa ia salah faham.

Tun M tidak kelihatan pada perhimpunan kali ini. Mungkin juga Tun M masih rasa bersalah kerana pernah memenjarakan Anwar pada 1999. Nampaknya Pakatan lebih rela berhimpun untuk Anwar daripada membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

#Tolakpakatanpru14 #KekalBN

Post Metro Online

Artikel Berkaitan