KP1M Agih 40 Kontena Bantuan

Bukit Mertajam - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) hari ini mengagihkan 40 kontena bantuan kepada mangsa banjir di seluruh Pulau Pinang.

Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata antara sumbangan yang diserahkan adalah tilam, bantal, susu bayi dan kit penjagaan kebersihan yang diagihkan secara berperingkat.

"Tinjauan kita ke pusat pemindahan mendapati mangsa banjir memerlukan kelengkapan harian selepas kebanyakan barangan itu rosak ketika banjir Ahad lalu.

"Oleh itu, kita menyediakan sejumlah 10,000 tilam dan 20,000 bantal termasuk selimut," katanya ditemui di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, di sini, hari ini.

Semua bantuan berkenaan diserahkan kepada mangsa di lapan pusat pemindahan di Seberang Perai.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, seramai 500 sukarelawan KP1M juga akan membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka yang terjejas selepas ini.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan