Kos Naik Tapi Bayaran Haji Kekal

Kos mengerjakan haji tahun depan naik 15% tetapi Lembaga Tabung Haji mengekalkan RM9,980 bagi setiap bakal jemaah Malaysia.

Ini bermakna, subsidi yang akan diberikan kepada seorang jemaah haji muassasah kali pertama adalah RM12,470 iaitu 56 % daripada kos sebenar haji.

Tabung Haji dijangka menganggung subsidi hampir RM400 juta tahun depan.

Kos yang dibayar RM9,980 (atau 44% daripada kos haji) kekal sejak 2009 dan merupakan terendah berbanding negara lain di rantau ini.

Tabung Haji antara institusi Islam yang dbina oleh UMNO dan menjadi sumber kekuatan dan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Di bawah PM Najib Razak, pengurusan Tabung Haji semakin mantap ditambah hubungan akrab beliau dengan keluarga diraja Arab Saudi.

Setiap tahun Tabung Haji menerima pengiktirafan kerajaan Arab Saudi kerana mengendalikan jemaah dengan cemerlang dan sistematik.

Menyedari hakikat itu, Pakatan cuba menyerang Tabung Haji supaya orang Islam hilang kepercayaan.

Namun, usaha jahat Pakatan tidak berjaya kerana semua tuduhan yang dilemparkan hanya pembohongan dan bermotifkan politik.

#TolakPakatanPRU14 #KekalBN

Post Metro Online

Artikel Berkaitan