Dalam Bersedih Pun Masih Memfitnah

Anwar Ibrahim yang merengkok 5 tahun dalam penjara kerana kesalahan meliwat, menjalani pembedahan bahu di HKL hari ini. Wan Azizah dan ahli keluarganya meminta rakyat Malaysia mendoakan agar pembedahan itu berjalan lancar.

Dalam meratapi kesedihan, puak Pakatan mengambil peluang memfitnah kerajaan kononnya gagal memberikan rawatan kesihatan terbaik kepada Anwar dan mempertikaikan keputusan kerajaan menolak permintaan Anwar mendapatkan rawatan di luar negara dan menggunakan khidmat doktor pilihannya.

Agaknya puak Pakatan masih tidak sedar yang Anwar adalah seorang banduan dan kebebasannya terhad.

Mereka sengaja buat-buat lupa selama ini kerajaan melayan Anwar seperti VVIP, kenderaan khas dengan kawalan keselamatan yang ketat setiap kali ke mahkamah dan HKL.

Rawatan pemulihan fisioterapi dan pemeriksaan kesihatan setiap hari oleh pakar HKL yang datang ke Penjara Sungai Buloh yang tidak dinikmati banduan lain.

Jika kerajaan memenuhi permintaan Anwar, kerajaan juga perlu memenuhi permintaan banduan lain. Walaupun Anwar adalah Ketua Umum Pakatan/PKR, tapi hakikatnya dia adalah seorang banduan.

Lagi pun TPM Ahmad Zahid Hamidi telah memberi jaminan Anwar akan menikmati rawatan terbaik dan keluarga Anwar menerimanya.

Apapun kita doakan kesihatan Anwar kembali pulih.

#TolakPakatanPRU14 #Pray4Anwar

Post Metro Online

Artikel Berkaitan