Guan Eng Gila Kuasa

Gelaran “tokong” kepada setiausaha agung (SUA) DAP Lim Guan Eng sebenarnya sangat tepat. Seperti bapanya Kit Siang, dia mahu berkuasa selamanya.

Keputusan pemilihan semula baru-baru ini bermakna dia akan terus berkuasa sehingga 2020.

Ahli dan penyokong akar umbi DAP kecewa dengan sikap gila kuasa Guan Eng yang masih mahu meneruskan jawatan SUA walaupun telah melanggar had 3 penggal atau 9 tahun.

Guan Eng telah memegang jawatan itu sejak 2006 dan jika dia menghabiskan penggal ini dia telah mendapat bonus 2 penggal.

Walaupun ROS telah mengharamkan keputusan pemilihan 2012, bukankah Guan Eng “berdegil” menganggap keputusan itu adalah sah? Jika dia jujur dengan pendirian itu, sepatutnya dia tidak akan bertanding untuk jawatan SUA.

Kononnya dia tidak bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula, tetapi tidak segan untuk mendapat laba daripadanya.

DAP telah menunjukkan ia adalah parti yang tiada prinsip terhadap undang-undang negara termasuk perlembagaan parti sendiri.

Dan seperti biasa parti pembangkang yang lain senyap kerana takut mengkritik ketua mereka.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanproDAP #PenangFailedState

Post Metro Online

Artikel Berkaitan