Jumlah Perwakilan Merosot, DAP Hilang Sokongan

Pemilihan semula CEC DAP pada 12 Nov memberi gambaran jelas berlakunya penolakan secara besar-besaran oleh ahli DAP kepada kepimpinan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Daripada 2,154 perwakilan yang layak, hanya 1,356 atau 54% yang hadir mengundi manakala 15 bekas ahli dan pemimpin DAP membuat bantahan terhadap Guan Eng yang bertanding mempertahankan jawatan Setiausaha Agung.

Kehadiran perwakilan yang sedikit itu adalah petanda parti cauvinis itu bakal berdepan masalah kerana ahlinya tidak dapat menerima kepimpinan dan pentadbiran secara kuku besi oleh Dinasti Lim.

Ia juga tanda protes penyertaan Tun M dalam Pakatan yang selama ini dianggap musuh utama . Mereka juga kecewa apabila Kit Siang sanggup menjilat ludah sendiri kerana mahu berbaik-baik dengan Tun M.

Pemilihan semula CEC itu juga membuktikan DAP tidak pernah berubah dan masih lagi di bawah cengkaman Kit Siang yang lebih 50 tahun menjadi diktator DAP.

Pemilhan itu juga sekadar pelengkap syarat yang ditetapkan ROS kerana calon yang dipilih sudah dirancang lebih awal.

Seperti biasa, Melayu terus terpinggir apabila hanya Zairil Khir Johari yang menang kerusi CEC, itu pun kerana dia 'anak emas" Guan Eng.

#PakatanPRODAP #DAPHilangSokongan

Post Metro Online

Artikel Berkaitan