Jemaah Program Khas Haji PM Ditambah

Kuala Nerus - Kuota menunaikan haji menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri tahun depan akan ditambah 100 orang lagi, menjadikan jumlah keseluruhan 1,200 orang berbanding tahun ini.

Pengerusi Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah, berkata mereka merangkumi guru tahfiz, imam dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, seramai 50 orang akan dilantik sebagai urus setia jemaah haji bagi program kali kelapan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri peringkat Terengganu di sini, hari ini.

Jailani yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, program bermula pada 2011 itu telah menghantar seramai 5,711 jemaah manakala dari Terengganu saja membabitkan 449 orang.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan