Presiden FAM Milik TMJ

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal dinobatkan sebagai menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bila mana Tan Sri Annuar Musa mengumumkan menarik diri daripada pemilihan yang bakal diadakan pada Sabtu ini.

Keputusan di kira sebagai satu penghormatan kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) untuk terus melakar kecemerlangan, memacu dan meningkatkan mutu boleh sepak negara.

Dengan keputusan ini bererti hilanglah segala dakwaan yang dilemparkan oleh segelintir pihak bahawa terdapatnya 'tangan ghaib' yang mengesa perwakilan memberi undi kepada Tan Sri Annuar.

Manakala sebahagian pemerhati politik berpendapat tindakan Tan Sri Annuar bertepatan dengan kesibukan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO, malah ianya adalah satu tindakan bijak kerana beliau harus fokus kepada pilihan raya 14 yang akan datang pada bila-bila masa dari sekarang.

Tan Sri Anwar menyampaikan pengmuman menari diri ketika sidang medianya di parlimen siiang tadi, seterusnya berpesan bahawa FAM perlu ada barisan EXCO yang berwibawa, selain ianya perlu dikendalikan dalam suasana yang harmoni dan mendapat sokongan semua pihak.

Beliau juga memaklumkan bahawa hasrat ntk menarik dari telah lama disuarakan kepada Tengku Mahkota, dimana beliau berjanji akan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada baginda.

Annuar juga memaklumkan bahawa keputusan menarik diri dibuat tanpa tekanan dari mana mana pihak, ianya hanya sekadar menunaikan janji beliau kepada Tengku Mahkota Johor sahaja.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan