Najib Ucap Tahniah Kepada Welson Sim

 

Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada perenang kebangsaan, Welson Sim selepas memenangi pingat emas serta memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400 meter gaya bebas pada kejohanan di Mare Nostrum Tour di Monte Carlo, Monaco.

"Tahniah perenang kita Welson Sim, raih pingat emas di kejohanan Monaco, pecah rekod kebangsaan & tewaskan juara Olimpik! Manis kemenangan ini," kata Perdana Menteri dalam catatan Twitter beliau hari ini.

Kejayaan Welson Sim memenangi pingat emas dengan catatan masa 3:49.48 saat itu sekali gus memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 3:50.33 yang dicatat pada Kejohanan Renang Kumpulan Usia Kebangsaan Singapura di Singapura, Mac tahun lepas.

Lebih membanggakan, Sim yang juga wakil negara dalam acara renang di Olimpik Rio tahun lepas juga menewaskan juara Olimpik dari Australia, Mack Horton yang memenangi pingat perak.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan