Nur Sajat Dapat Tawaran Berlakon

Kuala Lumpur - Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman, 32, mengakui menerima tawaran untuk berlakon dan sedang mempertimbangkan perkara itu secara serius. 

Beliau berkata, tawaran terbabit datang daripada seorang produser terkenal yang mahu menghasilkan sebuah filem berkaitan perjalanannya hidupnya. 

"Saya akui ada menerima tawaran itu, baru-baru ini, dan secara jujurnya saya sedang meneliti perkara berkenaan. 

"Banyak hal yang perlu diperhalusi, termasuk melihat sejauh mana ia sesuai dengan jadual perniagaan saya," Beliau berkata, lakonan memerlukan komitmen yang tinggi dan perkara itu perlu diteliti kerana saat ini dirinya sibuk membina empayar perniagaan produk kecantikan. 

Nur Sajat berkata, beliau enggan bersikap tamak sehingga menyebabkan pihak lain berdepan dengan masalah andainya terus menerima tawaran yang dihulurkan sesuka hati. 

"Dari segi watak dan jalan cerita, saya belum boleh kongsikan kerana kami juga tidak lagi sampai ke arah itu. Ketika ini, saya hanya menerima tawaran untuk berlakon dalam filem berkenaan," katanya. 

Beliau sebelum ini pernah membuat kemunculan dalam filem Ophilia pada 2014. 

Nur Sajat turut memberitahu, beliau sedang mengintai peluang untuk mengembangkan perniagaan ke bidang penerbitan filem, tidak lama lagi. 

"Saya memang suka kerja seni produksi, jadi saya rasa tidak salah untuk mencuba bidang ini. Apapun, nanti apabila segala-gala sudah ada hitam putih, saya akan maklumkan kepada anda semua," katanya.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan