Mus May Dimasukkan Ke ICU

Kuala Lumpur - Demam panas berlarutan sejak Jumaat lalu hingga menjadi sawan memaksa vokalis kumpulan May, Mus, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur, pagi tadi.

Isterinya, Suraya Bahari berkata, beliau menghubungi ambulans apabila melihat keadaan Mus yang separa sedar.

"Awal pagi, dia hanya diletakkan di bawah zon kritikal. Malah, kerana terlalu banyak meracau pihak hospital terpaksa komakan dirinya.

"Ketika ini dia memang tidak sedarkan diri. Doktor turut mengesyaki ada kuman dalam darah.

"Kira-kira jam 10.45 malam tadi, dia dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU). Segala keputusan penuh mengenai punca penyakitnya dijangka diketahui esok," kata Suraya.

Beliau bagaimanapun mampu menarik nafas lega kerana doktor memaklumkan, tiada darah beku pada bahagian kepala suaminya selepas imbasan otak dilakukan.

"Saya harap dia akan kembali sihat seperti sedia kala dan memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatannya," katanya.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan