Ada sebarang perkongsian maklumat dan lontaran idea sila hubungi editor melalui email

SALAM KEMERDEKAAN

 

 

Kerajaan Bina 2,010 Unit Rumah Transit Belia

Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pembinaan sebanyak 2,010 unit Perumahan Transit Belia di sekitar ibu negara yang dijangka siap sepenuhnya pada 2020.
 

Ekonomi Negara Masih Kukuh, Tidak Bankrap

Johor Bahru - Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia masih berada pada landasan ekonomi yang kukuh dan mampu memacu pembaharuan transformasi untuk kesejahteraan rakyat.
 

Kerajaan Pastikan Pelaburan Asing Beri Manfaat

Kuantan - Kerajaan akan memastikan pelaburan asing di negara ini tidak menjejaskan peluang kepada syarikat tempatan seperti yang terjadi selepas pelaburan China di beberapa negara Afrika.
 

Elak Terpengaruh Tohmahan Ekonomi Malaysia Merudum

Petaling Jaya - Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat mengelak daripada terpengaruh dengan berita palsu mengenai ekonomi Malaysia yang didakwa kononnya menjunam.
 

PR1MA Jana Peluang Niaga RM15b

Putrajaya - Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sudah mengagihkan pelbagai kontrak bernilai lebih RM15 bilion kepada 574 firma Bumiputera, kata Datuk Seri Najib Razak.
 

'Subsidi Sehingga RM120,000 Untuk Rumah PPR'

Machang - Kerajaan Pusat menanggung subsidi antara RM80,000 hingga RM120,000 bagi setiap rumah membabitkan lapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
 

Peneroka Tidak Rugi RM2 Bilion

Kuala Lumpur - Kerugian RM2 bilion ditanggung Felda Global Ventures Bhd (FGV) adalah akibat penurunan harga saham.
 

Hutang 1MDB Bukan Lagi Isu

Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sejak setahun lalu, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini bangkit daripada fasa kritikal.
 

Tiada Dana Awam Diguna Bayar Hutang 1MDB

Putrajaya - Pengurusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) digesa mengambil perhatian serius berhubung kelewatan menyelesaikan pembayaran kepada firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
 

Dakwaan Lambat Dapat Sijil Halal Isu Lama

Kuala Lumpur - Kelewatan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dihadapi peniaga, khususnya pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS), adalah isu lama yang sudah diatasi.
 

Kelulusan Aplikasi e- Hailing Penambahbaikkan Kepada Industri Teksi.

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyambut baik pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat APAD (2010) oleh Parlimen semalam.
 

Kerajaan Salur RM15.3 Bilion Kepada PROTON

Kuala Lumpur - Kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kewangan merangkumi pinjaman mudah dan geran berjumlah RM15.3 bilion kepada PROTON Holdings Bhd (PROTON) sejak 1984, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
 

9 Kawasan PPR, PA Bandar Tun Razak Kembali Ceria

Sebanyak sembilan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Bandar Tun Razak kembali ceria apabila bangunannya dicat baharu sejak bulan lepas.
 

Anak Felda Terajui Industri Syiling Emas Tempatan

Bermula hanya dengan idea dan angan-angan, kini segalanya jadi kenyataan. Bertitik tolak dengan perniagaan Syiling Emas Harimau Mint Gold, satu-satunya syiling emas pertama direka beridentiti kebangsaan, telah berjaya melahirkan 4,000 usahawan separuh dan sepenuh masa bernaung di bawah bumbung sama yang diterajui anak Felda.
 

Ringgit Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Kuala Lumpur - Ringgit berkemungkinan meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan dipacu oleh sentimen keyakinan terhadap perkembangan landskap makroekonomi Malaysia.
 

Ringgit Paling Stabil Di Asia

Kuala Lumpur - Ringgit merupakan nilai mata wang Asia paling kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk sepanjang suku kedua tahun ini, di sebalik pelbagai dakwaan negatif yang dilemparkan terhadap kepemimpinan negara ini.
 

Kerajaan Perlu Peka Promosi Pertumbuhan Ekonomi Jangka Panjang Dan Tingkat Eksport

Putrajaya - Kerajaan perlu lebih peka dan meneruskan usahanya dalam mewujudkan barisan penampan, menggalakkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan mendorong eksport semasa lebihan akaun semasa kini yang semakin mengecil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 

Kenal Pasti Untuk Bidang Pengkhususan Untuk Terus Berdaya Saing Di Peringkat Global

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengharapkan sasaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) mampu mencecah RM2 trilion menjelang tahun 2025, yang turut disumbang oleh sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
 

NTP - Malaysia Merapatkan Jurang Sasaran Pendapatan Tinggi Kepada 18 Pratus

Malaysia telah mencatat pencapaian yang yang membanggakan apabila mampu merapatkan jurang bagi sasaran pendapatan tinggi kepada 18 peratus kini berbanding 33 peratus pada tahun 2010.
 

Pertumbuhan Mantap KDNK Kukuhkan Keyakinan Pelabur

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2017 yang mantap sebanyak 5.6 peratus, akan mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia, sekaligus dapat menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini pada masa depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.