Alibaba Akan Promosi Malaysia

Sepang - Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma bersetuju mempromosikan Malaysia secara dalam talian kepada penggunanya di China menerusi kempen selama seminggu, tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada majlis Zon Bebas Perdagangan Digital (DFTZ) Goes Live di sini, hari ini.

Najib berkata, menerusi persetujuan itu, Jack Ma akan mempromosikan produk makanan, kebudayaan dan pelancongan kepada pengguna di China menerusi platform perniagaan digitalnya, Alibaba.

"Jack Ma bersetuju memilih Malaysia sebagai negara pertama yang akan dipromosikannya menerusi kempen dikenali sebagai Malaysian Week (Minggu Malaysia) dalam tempoh seminggu, tahun depan.

"Beliau memaklumkan menerima banyak permohonan dan permintaan dari negara lain untuk dipromosikan namun, memilih Malaysia sebagai negara pertama," katanya.

Ma memulakan syarikatnya sebagai industri kecil dan sederhana, pada 1999.

Kini, Alibaba menjadi syarikat e-dagang terbesar di China, manakala Ma memiliki kekayaan dianggar bernilai AS$37.1 bilion (RM155.7 bilion).

Post Metro Online

Artikel Berkaitan