Pakatan Tipu Rakyat Mahu Ganti GST Dengan SST

Pakatan cuba menipu rakyat dengan idea lapuk untuk menggantikan GST dengan SST. GST telah terbukti berkesan menyelamatkan ekonomi Malaysia yang selama ini bergantung kepada hasil minyak.

Bajet Alternatif 2018 telah membuktikan Pakatan tidak mempunyai dasar kukuh dan sanggup menipu rakyat kerana kerakusan kuasa. Dulu berjanji untuk mansuh GST kemudian U-turn dan mahu laksanakan SST, jika mereka berkuasa.

Kalau SST dilaksana maka cukai peribadi, cukai tanah, cukai pelaburan terpaksa dinaikkan dan menyebabkan harga barangan menjadi tidak terkawal dan yang menderita sudah tentu rakyat.

SST lebih digemari pengilang, pemborong dan peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana banyak ketirisan berlaku dan menyebabkan kerugian kepada negara seterusnya bantuan kepada rakyat tidak dapat disalurkan.

Nampaknya pembangkang lebih pentingkan keuntungan pihak tidak bertanggungjawab ini daripada mendapat hasil untuk membantu kebajikan rakyat.

Pakatan hanya mengejar populis tetapi gagal melihat kesan jangka panjang kepada negara dan rakyat. Undi Pakatan bermakna tiada masa depan.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanTiadaHarapan

Post Metro Online

Artikel Berkaitan