Ekonomi Berkembang Paling Pesat Dalam 3 Tahun

Dengan ekonomi yang semakin kukuh dan berkembang, Malaysia dilihat sebagai “bintang” antara negara Asean.

Bank Negara berkata Keluaran Dalam Negara Kasar suku tahun ke-3 meningkat 6.2% berbanding tahun lalu, menunjukkan perkembangan yang paling pesat dalam 3 tahun.

Ini disokong oleh sektor pembuatan yang berkembang selaras dengan perdagangan global serta permintaan tempatan yang kuat.

PM Najib Razak telah memberi ramalan perkembangan ekonomi sebanyak 5.7% untuk 2017 dan sehingga 5.5% untuk 2018.

Beliau juga telah mengumumkan potongan cukai dan bonus untuk penjawat awam. Langkah-langkah ini akan meningkatkan perbelanjaan konsumer.

Eksport negara telah meningkat 11.8% manakala import meningkat ke 13.4%.
Semua ini menunjukkan walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi dunia yang mencabar, Malaysia dibawah pimpinan PM Najib Razak tetap berada pada landasan yang tepat.

#BarisanProRakyat #TerimakasihPM #KekalBN

Post Metro Online

Artikel Berkaitan