SPAD - Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bakal Terlaksana

Cabaran hebat buat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) apabila cadangan tiga pilihan kajian berhubung projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Woodlands di Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bharu di terima oleh Baginda Sulta Johoh, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam pertemuan tersebut, Baginda Sultan Johor telah telah mendengar penerangan daripada pihak SPAD berkenaan tiga pilihan kajian tersebut yang mana mampu menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor yang menghantui pengguna laluan berkenaan sejak sekian lama.

Kita mengetahui bahawa pintu laluan masuk dua negara ini amat sesak terutama pada waktu puncak, maka kajian ini amat penting bagi mengatasi masalah ini, kita juga sedia maklum bahawa ada rakyat Johor yang terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk memasuki Singapore bagi urusan kerja harian mereka.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah yang diterima mengadap Bainda Sultan Johor, memaklumkan bahawa RTS ini mampu menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor dan menjadi alternatif untuk 80,000 hingga 100,000 pengguna.

Kunjungan mengadap Baginda Sultan Johor ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Pembangunan SPAD, Dr Prodyut Dutt dan Ketua Rel Antarabangsa, Farizul Hazli Baharom, Pengarah Kastam Johor yang baharu, Mohammad Hamiddan Maryani turut bersama didalam sesi pertemuan tersebut.

Jelas disini bahawa Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan Awam bukan sahaja tertumpu hanya disekitar Lembah Kelang sahaja malah ianya turut meliputi negeri-negeri lain seperti di Selatan tanah air yang bersempadan dengan Singapura dan Utara yang berempadan dengan Thailand.

Apa yang pasti menjadi kenyataan nanti ialah satu mercu tanda baru negeri Johor bakal tercipta ia ini pembangunan ekonomi bagi negeri Johor akan bertambah baik.

Semoga Baginda Sultan, merestui cadangan pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) negeri Johor ini.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan