Isu Tanah Forest City Siapa Berbohong?

Tidaklah di fahami berhubung dengan isu tanah Forest City yang menjadi bedalan politik pihak pembangkang terutama dari parti bunga, kononnya kerajaan terutama kerajaan negeri Johor telah mengadaikan tanah mereka kepada rakyat China.

Hendak bercakap soal tanah ini juga tidak lah difahami sedalamnya kerana penulis pun tidak mempunyai tanah walaupun lahir di Selangor, mahu pun di negeri Johor sendiri jika mengikut asal keluarga dari Johor Bahru, Johor.

Memang bukan bidang penulis untuk bercakap secara mendalam dalam isu tanah Forest City ini, tetapi sebagai rakyat Malaysia khususnya yang memerhati gelagat segelintir pemimpin seharusnya tiada halangan untuk memberi pandangan atau meluahkan rasa yang melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga.

Pertamanya ingin juga diketahui tanah siapa yang terjual untuk pembangunan Forest City ini, adakah sesiapa yang rugi dengan penjualan tapak yang di bina di atas air laut yang di tambak, dan bangunannya barada di ruang udara atas langit.

Jika ada anak cucu cicit yang mempunyai pengetahuan dalam bidang IT ini yang sering bermain dengan media sosial bolehlah memaklumkan di media sosial bahawa tanah milik Tok Jang, Tok Yang. Tok Yong dan Tok Puek mereka telah di ambil untuk pembangunan yang bakal di kuasai oleh penduduk asing.

Malah ada sahabat didalam parti bunga pernah berkata bahawa Johor kini sudah ketandusan tanah sahingga terpaksa menambak persisiran pantai untuk di buat rumah, jadi disini jelas bahawa 'tanah' yang bakal dibangunkan adalah tanah persisiran pantai bermakna ianya bangunan di atas air laut.

Jadi tanah siapa yang tergadai?

Isu ini berbeza dengan pembangunan tanah di Pengerang, bila mana kerajaan negeri dan syarikat pelabur pembangun perlu membayar wang pampasan kepada pemilik tanah demi untuk membangunkan tanah tersebut sebagai pusat Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia atau lebih dikelanali dengan nama RAPID.

Tanyalah penduduk Pengerang (bukan orang pengerang yang duduk diluar Pengerang kerana mereka tak ada tanah disana, sekadar lahir atau menumpang disana sahaja) siapa yang rugi dengan pembangunan RAPID tersebut, sudah pasti tidak ada seorang pun yang rugi kecuali bagi mereka yang tidak puas hati dengan pengagihan pampasan.

Logiknya yang tidak berpuas hati sudah pasti mereka yang memiliki tanah sekadar sekakang kera dan hanya memiliki reban ayam yang sudah nak roboh, tetapi membuat tuntutan sama nilai dengan mereka yang memiliki banglo dan memiliki tanah kebun yang luas, tetapi ini adalah perkara biasa dalam berbohong didalam tuntutan pampasan, ianya berlaku dimana mana.

Isu di Pengerang melibatkan campur tangan pembangkang yang menghasud penduduk agar mereka tidak memberi tanah dan menggalakan rancangan pembangunan di Pengerang dan tugas ini di kepalai oleh bekas Menteri Kesihatan yang telah melompat kedalam kantung PKR.

Ianya boleh berlaku oleh kerana secara fizikalnya melibatkan tanah orang kampong yang mana sebahagian besar tanah tersebut adalah tanah rancangan FELDA dan selebihnya adalah tanah kampong tradisional, tetapi tanah Forest City ini rakyat Johor mana yang terlibat?.

Walhal Pengerang ini dulu tiada siapa pun ambil peduli kecuali kerajaan Barisan Nasional dibawah seliaan Ahli Parlimennya Datuk Seri Azalina Othman, kerana Pengerang pernah dianggapkan sebagai “tempat jin bertendang”, tetapi kemudiannya menjadi perhatian pembangkang kerana mereka boleh menjalankan aktiviti menghasud rakyat apa bila Datuk Seri Azalina membawa pembangunan RAPID ke sana.

Samalah isu di Pengerang, isu tanah Forest City ini menjadi bahan puak pembangkang untuk dijadikan modal menghasud dan menanam kebencian kepada rakyat.

Kini mereka mengunakan kepetahan Mahathir untuk menghasud rakyat, kononnya kerajaan telah menjual tanah Johor kepada negara China, dan tanah Forest City bakal diduduki oleh warga China, kemudiannya mengunakan penulis upahan mereka untuk menularkan bahawa rakyat telah di tipu oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib.

Kononnya tanah tersebut akan menjadi hak milik kekal kepada pembeli, wal hal tiada pula di ketahui bahawa Dato' Seri Najib menyebut atau membuat kenyataan sedemikian, yang pernah didengar beliau menyebutkan bahawa "kita jual kepada orang luar atas 'leasehold' (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja", jadi di mana Najib berbohongnya.

Jika kerajaan negeri Johor yang menukar status tanah, itu bukan isu kerajaan pusat atau Perdana Menteri kerana kerajaan Johor mempunyai hak sepenunya keatas tanah negeri mereka, tetapi sudah namanya pembangkang dan kerja mereka hanya menghasud maka peluang menghasud tidak akan mereka lepaskan begitu sahaja.

Baik, sekali lagi dimaklumkan bahawa Forest City itu melibatkan pembinaan empat buah pulau buatan manusia di perairan Tanjung Kupang antara barat daya Johor dan barat laut Singapura, diusahasama antara pemaju terbesar dari China, Country Garden Holdings dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), milik kerajaan Negeri Johor.

Jadi sila maklumkan pada dunia jika ada tanah nenek moyang mereka yang diambil dan dijual seperti mana yang pernah berlaku di negeri Perak ketika pemimpin pembangkang menjadi kerajaan 'singkat' yang telah menjual tanah dan pembelinya mendapat hak milikan 999 tahun.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan