Tiada Selamatnya Malaysia Dari Tangan Yang Menghancurkan

Alasan kecewa dengan kepimpinan atasan menjadi penyebab ramai yang meninggalkan parti setahun jagung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), membuktikan bahawa Mahathir tidak lah sehebat mana didalam kepimpinan.

Mungkin ketika memimpin UMNO beliau bernasib baik kerana ahli UMNO telah dilatih untuk mentaati pemimpin yang dipilih dan bukan pemimpin yang melantik dirinya sendiri, seperti parti bunga yang mana kita tahu bahawa kebanyakkan pemimpin mereka ada lah dari mereka yang melantik diri sendiri.

Oleh kerana itu jelaslah bahawa tiada sehebat mana pun manusia Mahathir ini, dahulu beliau menerima sokongan tidak berbelah bagi dari ahli UMNO yang taat kepada pemimpin maka beliau berjaya mengekalkan dirinya menjadi presiden kepada parti UMNO sekian lama.

Tetapi seperti buku bertemu ruas maka diketika beliau menjadi pemimpin yang melantik dirinya sendiri beliau tidak dihormati dan disanjungi seperti mana ketika beliau memimpin UMNO, terbuktilah kini bahawa UMNO lebih mementngkan ahlinya dari parti bunga yang memihak kepada pemimpinnya, sahingga menjadi duri dalam daging bagi segelintir ahlinya.

Tidak hairanlah kini pelan beransur-ansur mereka yang kononnya berjuang untuk selamatkan Malaysia terpaksa berkorban menyelamatkan diri sebelum terjerumus ke dalam gaung kerakusan kuasa yang belum tentu dapat diselamatkan lagi.

Sebijak mana pun Mahathir menyembunyikan kekalutan didalam partinya, tetapi dari rias raut wajahnya terpanpang wajah kedukaan yang sedang melanda parti tersebut, jika di ikutkan bukan calang-calang pemimpin yang mengendalikan perjalan parti tersebut, tetapi bila ianya melibatkan tindakkan menaikkan imej diri dan keluarga maka sudah tentu ahli-ahli dapat melihat dengan jelas.

Sejauh mana mereka mahu berpura-pura jika sekian lama kian parah luka yang disembunyikan, sudah pasti lama kelamaan luka yang bernanah akan mengeluarkan bau busuk yang pasti terhidu oleh sekelian rakyat, apa tah lagi ahli-ahli yang terlalu rapat dengan penyembunyi luka bernanah tersebut. 

Mereka kian sedar bahawa kepimpinan parti bunga tidak pernah mengambil tahu akan perjuangan ahli yang menyokong dari bawah, tidak ditanya makan minum, tidak ditanya sihat sakit mereka malahan selagi mereka ini boleh dipergunakan maka sahingga ketulang sum-sum akan mereka kerjakan.

Sedarlah rakyat bahawa perjuangan Mahathir bukanlah mahu menyelamatkan Malaysia tetapi lebih kepada menyelamatkan sang kroni yang ketandusan pendapatan seperti perdagang yang dahaga di lautan susu.

Adalah lebih baiknya jika kita sendiri menyelamatkan diri dari menyertai sebuah parti yang hanya mementingkan kroni mereka tanpa memperdulikan kebajikan ahlinya.   

Post Metro Online

Artikel Berkaitan