MCA Bersedia Hadapai Cabaran PRU Ke 14 Dengan Muka Baharu

Kelihatan kebanyakan parti sudah mula menyusun strategi untuk menghadapi cabaran pilihan raya ke 14 yang bakal tiba tidak lama lagi, bukan itu sahaja malahan ada pihak yang kini meningkatkan provokasi dan sebaran fitnah untuk melihatkan mereka lebih terkehadapan didalam membuat persiapan menghadapi cabaran pilihanraya ke 14 nanti.

Jika parti komponan Barisan Nasional bersiap sedia menyusun strategi seperti mendekatkan diri dengan masyarakat dan rakyat jelata termasuk memilih calon yang sesuai dan layak untuk dipertandingkan yang akan mewakili parti yang mereka anggotai.

Komponan Barisan Nasional tidak bertindak seperti pembangkang yang kini kian ketandusan calon untuk diketengahkan dan yang boleh dipercayai untuk memenangi hati rakyat, kerana selama ini mereka sering mengabaikan tangungjawab mereka terhadap rakyat yang telah memilih mereka.

Pembangkang kini mula memikirkan bagaimana mahu menipulai suasa semasa bagi memesong pemikiran akal pengundi agar mereka terlupa akan kegagalan pembangkang membela nasib mereka, maka tidak hairan jika ketika ini banyak isu kitar semua dimainkan kembali walaupun ianya telah lama terjawab.

Malah pembangkang sendiri dapat merasakan bahawa calon-calon mereka bakal tertewas pada pilihanraya kali ini atas dasar kegagalan mereka menjalankan tanggungjawab setelah dipilih sebagai wakil rayat yang dipilih, rakyat sudah tidak mahu tertipu lagi dengan janji manis pembangkang.

Berbeza dengan parti komponan Barisan Nasional seperti MCA yang telah sedari awal bersiap sedia dengan calon mereka untuk di ketengahkan sebagai calon pilihan raya yang bakal memberi khidmat kepada masyarkat jika terpilih.

Kebanyakkan mereka yang disenaraikan adalah terdiri dari muka baharu, seperti kita sedia maklum bahawa MCA tidak ketandusan pemimpin untuk di ketengahkan, malah calon juga bukanlah terdiri dari mereka yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan pemimpin atasan.

Malah kebanyakkan calon adalah terdiri dari mereka yang telah melepasi tapisan dan kajian yang saintifik bagi pemilih calon terbaik yang akan mewakili MCA dalam sesebuah kawasan di seluruh negara.

Jadi sudah pastinya calon yang bakal diketengahkan adalah calon yang mampu melaksanakan tugas dengan penuh tangungjawab kerana pemilihan mereka bukan secara sembrono atau tangkap muat, kerana pemilihan mereka dibuat kerana kelayakkan mereka dan bukan kerana mereka mempunyai hubungan atau 'kawan baik' dengan pemimpin atasan.

Seperti yang dimaklumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa semua (senarai calon) adalah berdasarkan daripada sumber kajian parti MCA sendiri dan kaedah yang lebih saintifik bagi memilih calon terbaik yang akan mewakili MCA dalam sesebuah kawasan di seluruh negara.

Beliau juga memaklumkan bahawa setiap calon yang dipilih adalah berdasarkan kajian dan bukan di pilih kerana calon tersebut merupakan 'kawan baik' atau kroni dan sebagainya seperti mana yang terdapat didalam pembangkang.

Semoga tindakan drastik MCA ini akan membuahkan hasil yang cemerlang bagi mengembalikan keyakinan pengundi terutama dari kaum Tiong Hwa yang kini sudah mula yakin dan bakal kembali memberi sokongan kepada MCA.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan