Melayu 'Skrew' Melayu Akan Menjadi Kenyataan

Pengikut Anwar berjaya persendakan Mahathir dan Lim Kit Siang berjaya persendakan Melayu dalam Pakatan Harapan bersesuaian dengan impian parti utama dalam kumpulan pembangkang DAP untuk 'skrew Melayu' dan tindakkan mencorak struktur baharu kepimpinan yang majoritinya Melayu mengambarkan pencapaian separa cita-cita DAP.

Ramai pemerhati politik berpendapat ini adalah plan rancangan mereka yang hanya bertujuan mahu mengelirukan pengundi kononnya pakatan pembangkang di tunjangi dan di monopoli oleh orang Melayu sedang hakikatnya didalam pakatan pembangkang parti DAP lah yang boleh dikatakan mendominasi kedudukan haraki.

Tetapi menjadi kehairanan apabila didalam straktur kepimpinan kumpulan pembangkang hanya Lim Guan Eng dari DAP sahaja yang di catatkan kononnya mewakili kaum Cina dan selainnya adalah orang Melayu, jadi kemungkinan bahawa impian untuk 'skrew' orang Melayu melalui orang Melayu sudah hampir menjadi kenyataan.

Tindakan pembangkang mengumumkan senarai kepimpinan mereka daripada kalangan orang Melayu bagi menerajui parti pakatan pembangkang dilihat seolah pembangkang sedang mengalami situasi panik dan kurang keyakinan terhadap para pengundi yang kini semakin kembali mendekati parti UMNO dan Barisan Nasional.

Seperti mana yang di sebut oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bahawa parti DAP sedang menyembunyikan bangkai gajah yang hakikatnya kita tahu baunya tetap menyelinap kelubang hidung, begitulah dengan tindakan DAP yang hanya menyenaraikan Lim Guan Eng sahaja sebagai Timbalan Presiden wal hal mereka sebenarnya yang menguasai kelompok parti pembangkang.

Ini adalah tindakan tergesa-gesa mereka atau tindakkan panik apabila mereka meramalkan bahawa pilihan raya ke 14 akan berlaku dalam waktu terdekat dan mereka khuatir tidak sempat untuk memulihkan kepercayaan pengudi kepada pakatan mereka dan menyenaraikan orang Melayu serta memilih Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan membuktikan bahawa parti DAP sedang mengaburi mata rakyat kononnya pakatan pembangkang adalah pakatan orang Melayu.

Sementara Mahathir pula telah berjaya di pergunakan oleh pengikut Anwar dan menjadikan Mahathir kini berada dibawah telunjuk Anwar maka tercapailah cita-cita pengikut Anwar yang mahu melihat Mahathir melutut di kaki Anwar, dan sebagai Pengerusi sudah pasti Mahathir perlu memaklumkan keputusan kepada Presiden parti ia ini Wan Azizah isteri Anwar.

Sudah pasti sebagai Presiden parti Wan Azizah berhak membatalkan apa sahaja arahan Pengerusi dan memberi tumpuan kepada arahan Ketua Umum pakatan yang lebih berkuasa mengikut haraki.

Ramai pemerhati politik berpendapat bahawa adalah terlalu sukar untuk mengemudikan sebuah bahtera jiga didalam terdapat terlalu ramai nakhoda, dan Mahathir terpaksa akur kepada susunan kepimpinan didalam Pakatan Harapan asal dirinya mempunyai tempat didalam barisan saf kepimpinan atau dirinya akan terus dilupakan.

Dalam keadaan ini Mahathir terpaksa menelan segala kahak yang pernah di hamburkannya kepada Anwar termasuk menuduh Anwar adalah seorang yang tidak bermoral serta tidak layak untuk menjadi pemimpin no 1 negara serta berterusan menghina keluarga Anwar.

Bagi rakyat umum pula sudah pasti tertanya-tanya siapakah pemimpin utama didalam pakatan dan selayaknya menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia jika mereka berjaya mengambil alih dan berkuasa Putrajaya, kerana untuk memilih pemimpin no 1 didalam pakatan pun mereka masih berdolak dalik.

Sahingga Mahathir yang dikatakan bijak mencatur juga tidak mampu menolak dan terpaksa menerima Anwar yang pernah dikatakan tidak bermoral untuk di pilih menjadi Perdana Menteri, ini merupakan hari kejayaan bagi perjuangan Anwar dan team reformasinya yang selama ini berjuang untuk menjatuhkan Mahathir dan memartabatkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Hanya takdir dan waktu sahaja yang bakal menentkan adakah Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti mana yang di perjuangkan sejak di pecat dari UMNO dan kerajaan, sementara adakah Mahathir sudah boleh menerima seorang peliwat untuk menjadi Perdana Menteri.

Adakah sumpah Mahathir bahawa Anwar tidak boleh dan tidak layak menjadi Perdana Menteri sudah berakhir? hanya masa yang akan menentukan dan rakyat dapat melihat betapa hipokritnya Mahathir.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan