SPAD - ECRL Bakal Menjadi Tunjang Utama Rangkaian Pengangkutan Awam Darat

Pembinaan laluan ECRL boleh dikatakan sebagai pencetus perubahan pembangunan pengangkutan di Malaysia terutama bagi penduduk dipersekitaran laluan darat ke Pahang, Terengganu dan Kelantan yang bakal memendek perjalanan yang hampir sekali ganda.

Bagi penduduk Kelantan dan Terengganu terutamanya yang sering mengharungi perjalanan yang memenatkan sudah pasti akan melihat usaha pembinaan ECRL ini sebagai satu rahmat yang didatangkan oleh kerajaan Barisan Nasional melalui aturan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Boleh dikatakan ianya sebagai satu rahmat besar bagi penduduk Pantai Timur kerana sebelum ini keadaan ini hanya dapat dirasai oleh penduduk Pantai Barat sahaja dan dengan pembinaan ECRL ini nanti ianya diharapkan dapat mengimbangi pembahagian ekonomi untuk penduduk di Pantai Timur pula yang sebelum ini di monopoli oleh laluan Pantai Barat.

East Coast Rail Link (ECRL) adalah cetusan ilham Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 bagi kepentingan pembangunan dan perkembangan ekonomi bandar-bandar utama di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pada peringkat awalnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah diamanahkan untuk membuat kajian bersama bagi mengukur faedah pasaran dan mendapatkan pandangan untuk projek Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL) .

Seperti mana yang kita ketahui bahawa perjalanan biasa mengunakan kenderaan seperti bas ekpress dan kenderaan sendiri seperti kereta akan mengambil masa yang panjang sekitar 6 sahingga 8 jam untuk sampai ke destinasi akhir di Kota Bharu, Kelantan.

Dengan perlaksanaan Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL), penguna pengangkutan ECRL ini akan menjimatkan masa sahingga 4 jam untuk laluan yang sama, dan dengan terbinanya laluan ECRL ini nanti ianya akan dapat mengimbangi pembangunan ekonomi bagi penduduk sekitar laluannya khususnya di Pantai Timur.

Projek ECRL yang bernilai RM55 bilion ini yang bakal menyaksikan laluan landasan sejauh 688 kilometer bolehlah disifatkan sebagai pencetus perubahan pembangunan di Malaysia selain akan memberi manfaat kepada lebih 4.4 juta penduduk di negeri-negeri Pantai Timur.

Dimaklumkan bahawa projek ECRL ini bakal mempunyai 19 buah terowong yang akan memakan jarak sejauh 49 kilometer, terowong yang akan menghubungkan laluan Bentong di Pahang dan Gombak di Selangor adalah yang terpanjang di Malaysia yang akan memakan jarak sejauh 17.8 kilometer.

Pembinaan ECRL adalah plan rancangan kerajaan Barisan Nasional didalam merialisasikan impian dalam mentransfomasikan pengangkutan awam darat yang diusahakan oleh SPAD selaku sebuah suruhanjaya yang bertanggung jawab didalam menyusun plan pembangunan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Ini adalah usaha terbaru kerajaan melalui SPAD bagi menyediakan satu perkhidmatan pengangkutan awam yang bermutu serta jauh lebih baik dan sekaligus mampu memangkin pembangunan ekonomi secara menyeluruh di seluruh Semenanjung Malaysia.

Seperti mana yang disebut oleh Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahukan mutu dan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini setaraf perkhidmatan dunia malah menyatakan bahawa ECRL bukan sahaja merupakan 'projek mega' untuk prestij semata-mata, tetapi ia adalah sebuah projek yang boleh menambah kesalinghubungan, memanfaatkan kepada rakyat dan mempercepatkan aliran barangan serta perkhidmatan.

Diharapkan dengan terbinanya ECRL ia akan menjadi tunjang utama rangkaian infrastruktur pelbagai mod pengangkutan dan menjadi pelengkap kepada lebuhraya sedia ada seperti Lebuhraya Pantai Timur dan Laluan Pantai Timur.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan