SPAD - Rakyat Menerima Perubahan Pengangkutan Awam.

Penerimaan pengangkutan awam sebagai mode pilihan penduduk bandar untuk urusan seharian mereka membutikan Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD) telah berjaya melaksanakan misi kerajaan dalam mentransformasikan sistem pengangkutan awam.

Setelah berjaya membaik pulih imej teksi yang merudum teruk di mata penguna teksi, termasuk menghalang kegiatan jenayah ulat tiket yang memeras ugut penguna, kini imej SPAD meningkat lagi dengan keujudan lebih banyak kenderaan rel termasuk pengunaan Tren Transit Aliran Massa (MRT).

Pelancaran MRT pada tahun lepas telah merancakkan lagi pengunaan kenderaan awam terutama pengunaan sistem rel di dalam persekitaran Lembah Klang dan pengunaannya telah meningkat sahingga 30 % sehari, satu peningkatan yang tidak dijangka untuk tempoh waktu yang pendek (tidak sampai satu tahun selepas dilancarkan pada akhir tahun 2016).

Dimaklumkan seramai 101,024 penambahan penguna sekitar bandar di Lembah Klang mengunakan perkhidmatan MRT setiap hari, menjadikan peningkatan seramai 739,629 penguna jika dibandingkan dengan tahun lalu seramai 570,021 pengguna sehari.

Sebelum ujudnya kenderaan rel MRT, sumbangan perkhidmatan rel lain seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan KLIA Transit tetap menyumbang kepada peningkatan 12 peratus penggunaan rel berbanding tahun lalu, ini sedikit sebanyak telah berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan kenderaan persendirian.

Kedua laluan LRT, Kelana Jaya dan Ampang di maklumkan telah menyumbang peningkatan pengguna sebanyak 26 peratus (271,250 pengguna sehari) dan 14 peratus (184,931 pengguna sehari) ini merupakan satu kejayaan bagi SPAD yang berjaya mengadakan satu sistem pengangkutan yang efisyen untuk penguna kenderaan awam.

Begitu juga dengan kederaan rel ke KLIA yang sebelum ini di monopoli oleh kenderaan teksi dan kereta 'Limo' telah menerima lebih 19,420 penguna sehari, ini membuktikan bahawa kenderaan rel telah berjaya menawan hati penguna kenderaan awam.

Makluman dari pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat memaklumkan bahawa kaji selidik yang dilakukan berkaitan dengan Indeks Kepuasan Pengguna (CSI) yang dijalankan telah membuktikan bahawa 84 pratus dari pada responden berpuas hati dengan pengangkutan awam bandar, peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding dengan kajian yang dibuat pada tahun 2015.

Kejayaan SPAD melaksanakan inisiatif, menyusun dan membaik pulih sistem pengangkutan awam adalah bertepatan dengan kehendak kerajaan di dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Kebangsaan (NLPTMP).

Bagi menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam untuk membolehkan gerakan trafik yang lebih lancar, SPAD akan melancarkan `Journey Planner' (Perancang Perjalanan) pada suku keempat tahun ini, dan menjelang tahun 2019 SPAD akan melaksanakan sistem tiket bersepadu bagi memudahkan penguna kenderaan awam.

Sedarlah kita bahawa kerajaan Barisan Nasional telah membuat pelaburan yang banyak didalam menambah baik infrastruktur pengangkutan awam di bawah Bidang Keberhasilan Utama-Pengangkutan Dalam Bandar (NKRA UPT).

Melihat kepada perkembangan waktu ini, SPAD berkeyakinan bahawa mod memilih pengangkutan awam dalam kawasan Greater KL/KV akan meningkat kepada 40 pratus menjelang tahun 2030 berbanding dengan hari ini di sekitar 10 pratus sahaja.

Semoga usaha kerajaan melalui SPAD untuk memajukan sistem pengangkutan awam mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari rakyat dan bersedia untuk mengubah mengunakan kenderaan awam dari kenderaan sendiri sebagai mod kenderaan harian.

Kerana ianya sangat baik dari segi eco sistem kehidupan di bandar yang kini penuh sesak dengan kenderaan persendirian yang tidak secara lansung telah menyumbang kepada pencemaran alam melalui pelepasan asap kenderaan.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan