Serangan 'Perjuangan For All' Cukup Berapi

Soalan yang di utarakan dalam satu sidang media oleh ditaktor dalam DAP sepatutnya di tujukan kepada pemimpin DAP di Pulau Pinang dan bukan kepada pemimpin UMNO seperti Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO yang kini sedang membuat jelajah 'Perjuangan For All'.

Mungkin terpanas dan terkesan dengan jelajah berkenaan maka Lim KIt Siang telah mula bertindak balas dengan membuat kenyataan-kenyataan yang hujungnya akan terpalit kepada diri anak beranaknya.

Soalan yang dibangkitkan oleh Lim didalam satu sidang media yang disiarkan oleh portal pro pembangkang yang bertanyakan 5 soalan meminta Tan Sri Annuar jawab, sepatutnya persoalan yang sama perlu beliau ajukan kepada pemimpin di Pulau Pinang yang kini sedang berhadapan pertuduhan di mahkamah dengan kes salah laku rasuah.

Dalam isu siasatan SPRM terhadap Tan Sri Annuar ianya telah pun di penuhi oleh Tan Sri Annuar dan tiada pertuduhan yang telah dikenakan terhadap beliau, berbanding dengan pemimpin DAP di Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah.

Tuduhan rasuah kepada Ketua UMNO Malaysia itu juga perlu di tujukan kepada pemimpin DAP, sedangkan Annuar belum di bawa ke mana-mana makamah bagi menjalani proses perbicaraan seperti pemimpin DAP Pulau Pinang.

Kesemua sesi soal siasat SPRM bersama Tan Sri Annuar berjalan dengan baik tanpa ada perkara menunding jari kepada pihak lain seperti mana yang berlaku kepada pemimpin DAP yang sering menunding jari kepada pihak lain jika sesuatu kesalahan didapai oleh pihak berkuasa.

Untuk makluman peminat Lim Kit Siang bahawa Tan Sri Annuar Musa telah memberi kerjasama sepenuhnya dan dengan sukarela berhadapan dengan SPRM sebaik kembali dari luar negara tanpa perlu arahan rasmi atau serbuan tangkapan.

Satu kenyataan yang menyembunyikan perkara ketakutan DAP terhadap kebenaran nyata bila Lim menyatakan bahawa serangan yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar adalah untuk membolehkan Tan Sri Annuar mempertahan atau mengekalkan diri sebagai Pengerusi MARA dan Ketua Penerangan UMNO.

Lim Kit Siang nama sahaja orang tua dalam politik, bijak dalam politik tetapi kebijakkannya hanya didalam kelompok diri dan keluarganya sahaja, Tan Sri Annuar Musa telah lama meninggalkan MARA dengan beloiau sendiri yang meletakkan jawatan, jadi tiada apa yang perlu di pertahankan.

Jawatan Ketua Penerangan UMNO adalah jawatan lantikkan dan bukan jawatan yang di pertandingkan, jadi tiada isu dalam hal mempertahankan atau merebut jawatan, lainlah orang seperti keluarga Lim yang sentiasa mahu mengekalkan jawatan tertingi didalam partinya sahingga telah di tuduh di mahkamah pun masih mahu lagi duduk di kerusi kepimpinan tertinggi.

Sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia salah satu bidang tugas beliau adalah memberi penerangan dengan isu semasa dan memberi tindak balas sekiranya parti UMNO di serang atau dituduh dengan perkara yang bukan-bukan oleh puak pembangkang, bukan ketua penerangan namanya jika mendiamkan diri dari menghadapi serangan puak pembangkang, Lim boleh menyerang parti UMNO dan UMNO tidak boleh bertindak balas atas serangan yang dibuat oleh puak pembangkang, ini lah cara pemikiran ditaktor pembangkang.

Mereka boleh memperkatakan apa sahaja prihal UMNO dan UMNO tidak boleh bertindak balas atas fitnah dan provokasi yang mereka lakukan, seolah-olah apa yang mereka sampaikan adalah benar, sedangkan kesemuanya adalah sampah dari puak pembangkang.

Ini bukan syarat untuk Tan Sri Annuar kembali menjadi Pengerusi MARA atau kekal sebagai Ketua Penerangan UMNO, tetapi ini adalah bidang tugas yang perlu di pikul oleh setiap pemegang jawatan Ketua Penerangan UMNO, tidak kira siapa pemegang jawatan tersebut.

Nampaknya program 'Perjuangan For All' yang di anjurkan oleh pihak Tan Sri Annuar Musa benar-benar memberi kesan kepada puak pembangkang terutama Lim Kit Siang yang kini sedang merasa hangat dengan setiap fakta yang di bentangkan, walaupun beliau bersembunyi di belakang Mahathir yang kini telah menjadi sebahagian dari tembok pertahanan puak pembangkang.

Namun serangan 'Perjuangan For All' cukup berapi dan tidak mampu mereka pertahankan walaupun dengan jeket kalis api yang digunakan oleh Mahahtir.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan