SPAD - Bakal Mendakwa Pemeras Ugut Penguna Teksi

Di fikirkan setelah berjayanya Tranformasi Pengangkutan Awam yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengurangkan kejadian-kejadian yang tidak di ingini terutama melibatkan pemandu kenderaan teksi dan bas.

Namun masih terdapat segelinitr pemandu teksi yang rakus mengejar kemewahan tanpa memikirkan kesan dari tidakkan mereka terhadap pengguna, setelah adanya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pihak pengguna kenderaan awam dapat menyampaikan apa sahaja rasa ketidakpuasan hati mereka.

Sudah pastinya SPAD akan bertindak pantas terhadap setiap laporan yang diterima bagi mengembalikan keyakinan orang ramai untuk kembali mengunakan kenderaan awam dari kenderaan persendirian dengan tujuan ianya dapat memberikan keselesaan kehidupan di bandar dari pencemaran pelepasan asab dan kesesakan lalu lintas.

Minggu lalu seorang pemandu teksi telah ditahan ekoran satu laporan yang dibuat oleh pengguna teksi berhubung tindakkan seorang pemandu dikatakan telah melakukan satu jenayah memeras ugut penumpang yang dilaporkan pada 18 September 2017.

Tindakan pasukan khas SPAD telah pun mengenal pasti perlaku dan pada 5 Oktober 2017 perlaku telah pun ditahan bagi siasatan lanjut berhubung dengan kes tersebut termasuk mengambil keterangan dari pengendali syarikat kereta teksi terbabit.

Pihak SPAD telah mengarahkan pemandu dan pengendali yang terlibat untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPAD, Teksi yang berkenaan juga telah disita untuk membantu siasatan.

Ini lah diantara kejadian-kejadian yang pernah mendapat rungutan penguna kenderaan awam seperti teksi dan bas, namun ianya telah berjaya dipulihkan oleh pihak SPAD dengan membuat beberapa tangkapan terhadap segelintir pemandu teksi yang bertindak seperti lintah darat.

Kehadiran kereta Umer dan Grab Car telah sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada pemandu teksi untuk merubah sikap mereka kepada lebih mesra kepada penguna kenderaan awam dan tidak terlalu menekan pengguna dengan pelbagai permintaan dan kehendak pemandu teksi.

Untuk makluman denda bagi setiap kesalahan yang membabitkan kepentingan awam seperti pengangkutan awam ini bukanlah murah dan kecil, ianya melibatkan belanja yang besar seperti denda sahingga RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kes yang dinyatakan di atas tadi pesalah yang terbabit boleh dikenakan tindakkan hukuman dibawah Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda dan penjara, bukan itu sahaja malahan syarikat pengendali juga akan turut didakwa dan jika di dapati bersalah syarikat boleh di denda sahingga RM500,000.00 atau penjara.

Manakala kenderaan yang terbabit dengan kesalahan yang dijatuhkan hukuman boleh dilucutkan hak di bawah Seksyen 80 Akta tersebut.

Sepatutnya setiap pemandu teksi telah mengubah cara mencari pendapatan mereka dan tidak terbawa-bawa dengan perangai lama yang dilihat lebih memihak kepada pemandu yang suka-suka hati membuat undang-undang ditangan mereka sendiri.

Walaupun kini kesedaran telah mula ada di kalangan pemandu teksi namun pihak SPAD tidak akan berlepas tangan terhadap adua-aduan yang diterima, tindakan ini semua adalah bagi mengembalikan jenama pengangkutan awam di negara ini agar di kenali sebagai pemberi perkhidmatan yang terbaik di dunia.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan