Gulungan Muda Sudah Jelak Dengan Permainan Puak Pembangkang.

Kena terima hakikat bahawa populariti Barisan Nasional semakin meningkat dari sokongan kepada pembangkang yang diketuai oleh DAP yang segalanya adalah DAP, walaupun Mahathir tecogok di depan mereka, ini membawa erti bahawa Barisan Nasional telah mendahuli pakatan didalam permainan media sosial yang dahulunya di kawal oleh pemain pihak pembangkang seperti puak RBA atau 'Red Bean Army'.

Kajian Politweet (sebuah firma penyelidikan yang membuat kajian mengenai media sosial di Malaysia) mendapati bahawa hampir 5,8 juta penguna media sosial seperti facebook yang berumur lingkunagan 21 tahun dan keatas semakin berminat dengan aktiviti Barisan Nasional berbanding dengan pakatan pembangkang yang hanya mendapat sokongan sekitar 3.1 juta pemain media sosial.

Selain itu dengan program yang dibuat oleh pihak penerangan UMNO melalui program jelajah 'Perjuangan For All' telah menarik semula minat pengundi anak muda untuk memberi sokongan keseluruhan kepada Barisan Nasional dengan pratus yang lebih tinggi berbanding dengan sokongan kepada keseluruhan puak pembangkang.

Kecenderungan pengundi muda di Malaysia sekarang ini lebih berminat kepada UMNO dengan jumlah sebanyak 4.4 juta orang (68.8%), PKR 1.8 juta (28.1%), DAP 1.3 juta (20.3%), PAS 950,000 (14.8%), MCA 740,000 (11.6%), Gerakan 150,000 (2.34%) dan MIC 81,000 (1.3%).

Mengikut kajian yang dibuat oleh Politweet seramai 42.64% pengundi muda berminat dengan Barisan Nasional jika dibandingkan dengan puak pembangkang yang mendapat sokongan sekitar 22.7% sahaja daripada sejumlah 13.6 juta pengundi yang layak mengundi.

Mungkin dari kesan jelajah 'Perjuangan For All' telah memberi minat anak muda untuk kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional khususnya UMNO, yang tidak pernah putus memberi dan membawa pembangunan untuk negara dan tidak melupakan pembangunan masa hadapan untuk generasi muda hari ini.

Malahan gelagat pemimpin pembangkang yang diketuai oleh DAP sendiri telah membuatkan anak muda dan generasi baru menolak mereka, tindakan Mahathir yang kini bersama pembangkang yang sering menunding jari dengan segala tuduhan tanpa bukti juga telah membuatkan anak muda muak dan jelak.

Malahan anak muda kini yang terdedah dengan segala macam rupa bentuk maklumat baik di media sosial mahupun di media konvesional seperti surat khabar dan media elektronik sering membuat penilaian bijak terhadap sesuatu isu yang di utarakan oleh puak pembangkang ini.

Mengambil contoh tuduhan-tuduhan liar yang dilontarkan oleh puak pembangkang kebanyakkanya kembali semula kepada mereka seperti isu rasuah yang serin dibebankan kepad apemimpin Barisan Nasional tetapi akhirnya pemimpin pembangkang yang jelas terpalit dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa seperti mana yang berlaku kepada pemimpin utama pembangkang di Pulau Pinang.

Selain itu Politweet juga turut membuat kajian mengenai kes rasuah yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan kepimpinan tertinggi DAP mendapati ramai diantara pemimpin mereka sendiri tidak begitu yakin dengan kepimpinan DAP di negeri tersebut malah mungkin percaya bahawa pemimpin di negeri tersebut benar-benar terbabit dengan rasuah.

Selain dari jelajah 'Perjuangan For All', beberapa aktiviti yang melibatkan rakyat negara ini seperti kejayaan negara dalam Sukan SEA, pelancaran Mass Rapid Transit (MRT), projek yang mampu menggerakkan ekonomi di sekitar Lembah Klang serta sambutan hari Kemerdekaan ke 60 tahun telah sedikit sebanyak mempengaruhi dan momentum sokongan kepada Barisan Nasional.

Pihak pembangkang usahlah mendabik dada kononnya rakyat menolak akan kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan memberi sokongan padu kepada pembangkang yang mahu menjadikan Malaysia Malaysian dan sebuah negara tanpa ber Raja serta Islam bukan sebagai agama Persekutan.

Perkara yang sebenarnya berlaku ialah rakyat khususnya gulungan muda dan generasi terdahulu yang sudah jelak dengan permainan pembangkang dan ini adalah noktah bagi mereka.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan