Bajet 2008 - Pakatan Pembangkang Akui Pembangunan Negara

Di kulit buku 'BELANJAWAN ALTERNATIVE' dengan ketebalan 88 muka surat yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan (PH), terpampang gambar 'skyline' KL dan bangunan ikonik lain bagi melambangkan kejayaan negara.

Sedar atau tidak, ini merupakan satu pengakuan dan pengesahan PH terhadap rujukan kejayaan yang dilakar oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia sejak merdeka.

Ketidak telitian PH makin ketara apabila kandungan buku belanjawan tersebut diperincikan.

Rata-rata pembaca berpendapat bahawa kandungan BAJET ALTERNATIF merupakan belanjawan untuk memancing undi semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab dalam melaksanakannya.

Belanjawan tersebut jelas mengambarkan kehambaran PH.

Mereka seolah-olah sudah ketahui bahawa mustahil bagi mereka untuk memenangi hati rakyat dan jauh sekali berkesempatan untuk menunaikan janji belanjawan mereka, jadi mereka mengambil pendekatan "janjikan sahaja bulan dan bintang".

Kenapa mereka berpendirian sedemikian?

Semuanya merupakan ekoran kegagalan dalam mendapat sambutan untuk perhimpunan Kleptokrasi di Kuala Lumpur dan juga Konvensyen PAN di Alor Setar baru-baru ini.

Kegagalan kayu pengukur ini semestinya meletakkan PH dlm situasi terdesak.

Ini diburukkan lagi dengan pergolakan dan perberantakan parti-parti dalaman PH (intra dan inter) itu sendiri.

Faktor-faktor inilah yang menyebabkan rakyat, terutama para cerdik pandai dan anak muda hilang keyakinan terhadap kewibaan PH sebagai alternatif yang lebih baik daripada BN.

Malah kucar kacir dalaman inilah yang membuatkan PH dilihat sebagai kelompok yang putus harapan untuk menyusuli agenda peribadi dengan percubaan mengkudakan satu sama lain tetapi terikat dengan tali hayat ehsan DAP di bawah 'pembangkang yang diketuai oleh DAP'.

Apa yang jelas, belanjawan PH ini kononnya cuba menonjolkan satu formula mustajab bagaimana negara yg sedang berkembang seperti yang diiktirafkan oleh Bank Dunia sebagai "...the Malaysian economy is progressing from a position of strength", kepada negara "...progressing from a position of no hope (PH/PUTUS HARAPAN".

Mana mungkin Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang berdaya saing jikalau terpaksa menanggung pembelajaran percuma untuk semua peringkat umur yang melibatkan kos tambahan melebihi RM60 bilion setahun.

Apatah lagi jika GST dihapuskan dan kembali kepada SST seperti era Mahathir yang menyebabkan rakyat kehilangan RM25 bilion, dan menaikkan upah minimum yang akan menambahkan bebanan sebanyak RM43 bilion.

Perbelanjaan untuk 3 perkara tersebut akan mengakibatkan rakyat menanggung kos sebanyak kira-kira RM130 bilion atau RM1.3 trilion dalam jangka masa 10 tahun.

Langkah ini bukan sahaja akan membuatkan negara bankrap tetapi memaksa negara untuk berhutang dan sudah semestinya ekonomi negara akan hancur.

PH cuba mengabui mata rakyat kononnya perbelanjaan ini boleh ditampung daripada penghapusan rasuah yang akan menjimatkan mereka sebanyak RM20 bilion!

Apakah asasnya angka ini?

Sementelah pula ia dijanjikan oleh pimpinan yang pernah tercalit dan juga yang sedang bergelumang dengan masalah rasuah di mahkamah.

Bolehkah rakyat mempercayai janji yang ditabur oleh pemimpin yang mentadbir negeri kecil yang dilanda banjir besar akibat runtuhan bukit berpunca daripada rasuah atau pemimpin yang bertelagah sesama sendiri menuduh satu sama lain terlibat dengan rasuah (termasuk rasuah seks) atau pemimpin yang mengaku bahawa mereka ialah penyangak, perompak kekayaan negara melalui amalan KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme) serta kleptokrat terbesar?

Dalam kata lain, bajet PH bukanlah belanjawan yang sebenar tetapi lebih merupakan janji pilihan raya untuk memancing undi kerana PRU sudah semakin dekat.

Disebabkan atas tujuan inilah, bajet alternatif PH dibentangkan sebelum bajet kerajaan diwartakan.

In syaAllah, rakyat akan menerima bajet sebenar pada hari Jumaat ini.

Bajet pilihan rakyat saban tahun di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sudah tentu bajet ini bukan bajet pancingan pilihanraya.

Bajet ini merupakan kesinambungan dan membawa transformasi ekonomi dan sosial rakyat, bajet yg mapan dan bertanggungjawab memacu pertumbuhan KDNK negara menjadi antara yang terbaik di dunia, bajet yg mengawal defisit belanjawan tetapi pada masa yang sama rakyat di segenap lapisan terus terbela dan disantuni secara berkesan.

Dalam kata lain, bajet ini merupakan belanjawan harapan rakyat dan belanjawan yang menjadikan PH satu gagasan yang putus harapan (hopeless) dan tidak lagi diharapkan.


Oleh - Tan Sri Annuar Musa (TSAM),
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
Ahli Parlimen Ketereh

Post Metro Online

Artikel Berkaitan