MCA Dan UMNO Dua Pasangan Yang Saling Membantu

Warga Pulau Pinang kini sedang mengalami mimpi ngeri sebaik sahaja mereka menukar kerajaan daripada Barisan Nasional kepada pembangkang yang diketuai oleh DAP.

Sebaik memenangi pilihan raya UMUM ke 12 pada tahun 2008, rakyat Pulau Pinang telah mula merasai ketidak selesaan mereka sebagai anak watan apabila diurustadbir oleh seorang yang bukan datangnya dari kalangan warga Pulau Pinang sendiri.

Kemudiannya berlaku pula pengasingan etenik dengan berkasta-kasta dan pemisahan darjat diantara yang miskin dan kaya, dengan terbina banyaknya kondominum mewah dan pengambilan tanah rakyat di setiap ceruk kampong dengan alasan untuk pembangunan.

Sedangkan kita sedar bahawa tidak semua kondo mewah tersebut mampu di miliki oleh warga tempatan jika harganya mencecah ratusan ribu ringgit, maka bermulalah penyingkiran penduduk kampong keluar dari kawasan mereka.

Sebelum mereka mengambil alih, segala bagai anji yang dihambburkan kepada rakyat Pulau Pinang, malah berkata besar bila mendakwa banjir tidak akan berkalu sekiranya mereka (DAP dan pembangkang) menjadi kerajaan di Pulau Pinang, namun hari ni apa yang kita sering melihat ialah kerapnya berlaku banjir walaupun mengalami hujan sedikit.

Ini membuktikan bahawa penyususan pembangunan tidak mengikut peraturan yang sebenar, perancangan pembangunan mereka tidak mengambl kira keselematan dan kesesuaian, namun yang pasti asal memberi keuntungan maka projek yang boleh mendatangkan musibah tetap diteruskan.

Selain itu rakyat Pulau Pinang dari pembagai kaum baik Melayu, Cina dan India kesemuanya mereka mengalami pelbagai pengalaman pahit seperti perobohan rumah rakyat berketurunan India di Kampung Buah Pala dan susuli dengan perobohan rumah orang Melayu yang dilakukan atas alasan pembangunan.

Tetapi pembangunan yang dijanjikan bukanlah untuk dinikmati oleh warga tempatan, ianya tidak lebih dari memenuhi nafsu warga luar yang mahu memiliki hartanah di negara Malaysia ini, pembangunan hanya untuk segelintir rayat Malaysia yang kaya dan selebihnya untuk warga asing.

Sedangkan rakyat biasa hanya mampu melihat sahaja pembangunan yang tidak sedikit pun memberi faedah kepada mereka malahan mereka yang menerima tempias bala bencana seperti kejadian tanah runtuh, banjir dan sebagainya.

Untk membeli jiwa orang Melayu maka pemimpin kerajaan negeri sering menunding jari kepada kepimpinan UMNO dan meletakkan segala kesalahan adalah disebabkan oleh UMNO.

Manakala untuk memenangi hati kaum Cina mereka memburukkan parti MCA yang mewakili kaum Cina di negara ini yang kononnya hanya menjadi pak turut kepada parti UMNO, malah parti MCA sering kali menjadi bahan tomahan mereka dan sentiasa menutup mata pengundi kaum Cina terhadap setiap inci kebaikkan yang di laksanakan oleh parti MCA dan Gerakan.

Sedangkan MCA dan Gerakan yang mewakili kaum Cina di Pulau Pinang dan seluruh negara adalah parti yang anyak menyumbangkang jasa kepada pembangunan bagi kaum Cina negara ini termasuk di Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh pembangkang.

Seperti mana mereka menyembunyikan kesalahan mereka terhadap kejadian tanah runtuh di cerun bukit di Tanjung Bungah akibat pembangunan yang tidak terancang dengan baik, mereka telah menunding jari terhadap seperti pembinaan bangunan setinggi 50 tingkat berbanding dengan kelulusan hanya untuk bangunan 3-5 tingkat sahaja.

Natijahnya 11 orang telah menjadi mangsa terkorban didalam kejadian tanah runtuh berkenaan, dan mereka menyalahkan pembinaan Kolej Universitti Tuanku Abdul Rahman milik MCA sebagai penyebab keruntuhan berkenaan, sedangkan tiada kejadian keruntuhan tanah ketika pembangunan Kampus Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Taruc) dijalankan.

Sepertima mana yang dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkata semasa pembinaan kolej, tidak ada kejadian tanah runtuh kerana kontraktor dan perunding dilantik tegas mengikut garis panduan, sekali gus menafikan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendakwa kejadian tanah runtuh adalah akibat pembinaan kolej berkenaan.

Malah setelah beroperasi lebih dari 20 tahun tiada sebarang aduan terhadap ketidak stabilan cerun di sekitar kawasan Kampus Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Taruc), adalah tidak masuk akal untuk menyalah pembinaan kolej berkenaan denga kejadian yang terbaharu ini.

Tetapi seperti yang kita jelas pihak pembangkang akan mencari dan menghalakan kesalahan mereka kepada pihak lain agar mereka dilihat bijak menguruskan negeri Pulau Pinang begitu juga dengan negeri Selangor yang juga tidak kurang dengan pelbagai masalah rakyatnya.

Oleh itu rakyat jangan mudah terpengaruh dengan helah pembangkang yang sering mengalihkan isu mereka kepada pemimpin Barisan Nasional demi menyelamatkan nyawa politik mereka, rakyat harus kembali kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional baik di Pulau Pinang mahu pun di Selangor.

Begitu juga dengan permainan isu perkauman yang sering mereka timbulkan, sedarlah bahawa MCA bukanlah pak turut kepada UMNO, malah UMNO juga sering bersama dengan kepimpinan MCA untuk memajukan kaum Cina di negara ini.

UMNO dan MCA adalah seperti dua pasangan yang saling memerlukan diantara satu dengan yang lain demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan