MCA- Rakyat Harus Kembali Memberi Sokongan Kepada Barisan Nasional

Perbezaan nyata diantara parti pembangkang DAP dengan MCA ialah, MCA telah lama bekerja secara telus untuk rakyat khususnya kaum Cina dan menjadikan setiap impian mereka menjadi kenyataan dan bukannya seperti parti DAP yang bijak bercakap namun tiada suatu hasil pun yang telah mereka laksanakan.

Ini ternyata dengan keputusan kerajaan Barisan Nasional dibawah Kementerian Pendidikan telah meluluskan permohonan pembangunan 10 lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) termasuk di negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

Walaupun MCA menerima tomahan dari beberapa pemimpin DAP yang menyifatkan pengumuman tersebut hanyalah sebagai janji kerajaan Barisan Nasional untuk memenangi pilihan raya sahaja.

Namun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA telah menempelak kenyataan tersebut yang bertujuan untuk memberi persepsi yang tidak baik buat kepada masyarakat Cina terhadap parti MCA.

Datuk Seri Wee juga turut memaklumkan bahawa parti MCA telah banyak membawa pembangunan untuk masyarakat Cina negara ini berbanding dengan parti DAP, malah sejak 17 tahun lalu MCA telah berjaya membantu membina hampir 99 buah sekolah untuk masyarakat Cina negara ini.

Malah didalam belanjawan 2018 yang dibentangkan baru-baru ini kerajaan dibawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak turut melibatkan bantuan kepada usahawan PKS dalam kalangan komuniti Cina berjumlah RM 50 juta melalui KOJADI, dari hasil usaha MCA juga peniaga-peniaga kecil akan mendapat manfaat daripada pinjaman mudah berjumlah RM30 juta.

Ini adalah diantara usaha yang dilakukan oleh pemimpin MCA dan Barisan Nasional untuk keperluan masyarakat kaum Cina tanpa mengira fahaman politik mereka walaupun ada diantara penerima bantuan adalah mereka yang menyokong parti pembangkang.

Seperti mana yang diungkapkan oleh Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai, bahawa Bajet 2018 adalah berpusatkan kepada rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum malah Bajet 2018 ini amat sesuai untuk kesejahteraan rakyat negara ini terutamanya mereka yang berada di bawah kumpulan pendapatan B40 dan M40.

Malah lebih 261,000 rakyat Malaysia tidak akan lagi berada di bawah pendeposit yang membayar cukai, turut mendapat manfaatnya ialah masyarakat kaum Cina di luar bandar yang mana akan menerima pembiayaan bagi pembangunan dan pembaikan Kampung Baru Cina.

Masyarakat kaum Cina hari ini telah mula sedar bahawa MCA dan kerajaan Barisan Nasional begitu banyak membela nasib mereka jika dibandingkan dengan parti DAP yang kerap kali cuba menghasud rakyat agar membenci kerajaan Barisan Nasional yang di tunjangi oleh UMNO dan parti pembela kaum Cina, MCA.

Bajet 2018 telah membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan kaum Cina seperti mana yang di omongkan oleh puak pembangkang yang sentiasa memainkan sentimen perkauman agar masyarakat Cina membenci kerajaan Barisan Nasional dan MCA dan seterusnya memberi sokongan kepada parti pembangkang terutama DAP.

Masyarakat Cina negara ini mula sedar selepas berlakunya tsunami politik bahawa mereka tertipu dengan janji puak pembangkang sahingga nasib mereka kini terabai, mereka kini mula sedar bahawa pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP tidak mampu menjaga kebajikan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Apa yang pasti rakyat kini semakin berpecah belah, malah musibah kian kerap berlaku di negeri yang diuruskan puak pembangkang seperti mana yang berlaku hari ini di Pulau Pinang dan Selangor kerana pengurusan dan susun atur pembangunan yang tidak cekap.

Rakyat kini sedar bahawa pakatan pembangkang tidak mampu menyediakan apa yang telah di berikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Diharapkan masyarakat kaum Cina akan kembali memberi sokongan kepada MCA dan Barisan Nasional pada pilihan raya ke 14 yang akan datang nanti.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan