Meraikan Peliwat Lebih Penting Dari Mangsa Banjir

Ini yang dapat digambarkan bilamana sambutan 1000 hari Anwar di penjarakan lebih di raikan daripada menghulurkan bantuan membantu pasukan sukarela dan pasukan keselamatan didalam isu banjir besar di Pulau Pinang dan beberapa negeri yang mengalami suasana yang sama.

Sambutan 1000 hari lebih bermakna dari menyelamatkan ribuan rakyat Pulau Pinang yang terkandas akibat banjir, malah yang melibatkan kehilangan nyawa dalam kejadian tanah runtuh.

Membakar lilin lebih baik dari menghulurkan tangan untuk meringankan beban mangsa yang ketika ini sangat-sangat memerlkan bantuan tidak kira walau pun dari sebatang lilin yang dapat menerangi pondok tumpangan mereka yang kegelapan akibat terputus talian letrik.

Meraikan 1000 hari Anwar di penjara kerana kesalahan meliwat oleh mahkamah lebih baik dari menyalurkan bantuan yang di harapkan sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan, kerajaan Barisan Nasional yang jika tidak kerana banjir sudah pasti di hemburnya dengan caci maki sahaja.

Tetapi ketika berlaku musibah mereka merayu kepada kerajaan Barisan Nasional untuk menghulurkan bantuan sedangkan diwaktu yang sama mereka bernyanyi-nyanyian dan bergelak ketawa meraikan 1000 hari peliwat di penjara.

Beginilah rupa bentuk sikap dan perangi pemimpin pembangkang di ketika pengundi mereka di timpa musibah dan mereka dengan senang hati menunding jari kepada kerajaan Barisan Nasional kerana lamabt memberi bantuan tetapi mereka boleh pula meraikan seorang peliwat yang sedang merengkok didalam penjara akibat perbuatannya sendiri.

Ketika Pualu Pinang dilanda tsunami kecil, pemimpin-pemimpin mereka habis mendiamkan diri sahingga untuk bertindak pun mereka tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan dan dimana mahu mereka mulakan, tetapi lagak mereka di dewan persidangan parlimen seolah-olah merekalah yang bijak dalam segalanya.

Ini lah harga yang perlu dibayar oleh pengundi di negeri tersebut kerana telah memilih kerajaan yang salah, mereka telah memilih sebuah kerajaan yang hanya bijak bercakap yang kebanyakkannya adalah cakap bohong belaka, natijahnya inilah yang mereka terima.

Akibat dari kerakusan mereka terhadap setiap inci tanah di Pualu Pinang, pembangunan yang tidak mengikut ketahanan tanah dan bukit menjadikan penyebab kepada berlakunya banjir dan tanah runtuh yang melibatkan kehilangan nyawa.

Apabila mereka mengabaikan kepentingan alam sekitar maka terima lah akibat kerakusan yang mereka buat, namun yang menerima balanya adalah rakyat yang mengundi mereka yang bijak pandai dalam menjual temberang dan janji palsu.

Diharapkan rakyat Pulau Pinang sedar akan kesilapan mereka yang telah salah memilih dan memberi kuasa kepada mereka yang bukan ahlinya.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya tolaklah mereka yang sering bercakap besar dan menuduh orang lain bersalah dari menilai kemampuan diri sendiri, jangan diulangi kesilapan yang menyebabkan kehilangan harta menda dan nyawa ini.

Kembalikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan sejak sekian lama, jangan lah di gadai masa depan negara ini kepada mereka yang rakus untuk membolot harta negara dan menjadikan rakyat sebagai mangsanya.

Kembalikan kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 14 nanti, ubahlah, jangan dibiarkan masa depan rakyat menjadi kelam seperti diselaputi debu dan selut banjir.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan