MCA - DAP Gagal Tunai TanggungJawab

Bukan sukar untuk menabur janji seperti mana puak pembangkang lakukan namun hakikatnya untuk melaksanakannya belum tentu mereka mampu, berjanjilah berkenaan pembangunan namun petaka yang menimpa itu yang berlaku kepada warga Pulau Pinang akibat termakan dengan janji palsu pembangkang.

Namun bagi pihak parti komponan Barisan Nasional, MCA, melaksanakan tugas yang digalas walaupun tidak menjawat sebagai Wakil Rakyat adalah satu kemestian, oleh itu adalah bukan perkara yang pelik apabila rakyat kini khususnya kaum Cina sudah mula kembali memberi sokongan kepada parti MCA yang mewakili masyarakat kaum Cina di negara ini.

Keyakinan ini telah dizahirkan sendiri oleh Presiden Parti MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dapat merasakan gerakan denyut nadi rakyat terutama kaum Cina yang mula kembali memberi sokongan dan kepercayaan kepada parti MCA dan Barisan Nasional jika dibandingkan dengan masa lalu.

Berdasarkan kepada penyertaan yang ramai untuk menjadi ahli MCA serta kerja keras ahli sedia ada didalam gerak kerja dalam memberi khidmat kepada rakyat serta di ikuti dengan perlaksanaan tugas yang tidak di lakukan oleh wakil pembangkang, telah memberi keyakinan bahawa MCA akan merampas kembali setiap kerusi mereka yang terlepas ke tangan pembangkang.

Menurut Datuk Sri Liow bahawa MCA berharap dapat mengandakan lagi jumlah ahli MCA disetiap negeri, bahagian dan cawangan yang dengan ini dapat memberi khidmat dan memenuhi keperluan dan kehendak kaum Cina di negara ini.

Para pemimpin MCA telah menjalankan tinjauan di peringkat akar umbi pada setiap masa dan mendapati bahawa skongan rakyat kepada MCA telah ada banyak peningkatan dan dengan ini mereka merasakan sangat optimistik bahawa untuk rakyat khususnya kaum Cina akan kembali kepada MCA dan Barisan Nasional.

Malah cabaran Perdana Menteri Dato' Seri najib Tun Razak kepada MCA untuk merampas kembali kesemua kerusi yang tewas pada PRU ke 13 lalu atau paling tidak 15 buah kerusi Parlimen pada pilihan raya ke 14 nanti bagi mengukuhkan kembali kedudukan parti itu dalam kerajaan adalah satu tanggung jawab yang perlu mereka laksanakan.

Datuk Seri Liow berkeyakinan bahawa MCA mampu untk merampas kembali kerusi yang mereka tewas dan berkeyakinan bahawa untuk memenangi 15 kerusi parlimen adalah didalam keyakinan mereka, ini memandangkan puak pembangkang khususnya DAP telah mengecewakan pengundi mereka yang kini banyak bergantung kepada parti MCA.

Malah Datuk Seri Liow turut berkeyakinan bahawa Barisan Nasional mampu untuk menewaskan pembangkang terutama DAP pada pilihan raya ke 14 nanti kerana kebanyakan pengundi Cina sudah kecewa dengan parti DAP yang gagal untuk mengotakan janji.

Para pengundi telah mula mengenali bahawa pembangkang terutama DAP sudah terlalu banyak bermain politik dari menjalankan peranan mereka sebagai wakil rakyat.

MCA berkeyakinan bahawa DAP akan di tumbangkang pada pilihan raya umum ke 14 kali ini.

Seperti mana dengan keyakinan Presiden parti MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bahawa DAP akan dapat ditumbangkan kali ini kerana puak pembangkang terutama DAP telah gagal melaksanakan segala janji yang mereka berikan dahulu sekali gus telah melenyapkan kepercayaan kaum Cina terhadap DAP.

"Mereka gagal dengan teruk sekali kerana terlalu banyak janji pada komuniti Cina yang gagal mereka tunaikan,"

Post Metro Online

Artikel Berkaitan