Contohi Sifat Positif Dato' Seri Najib

Walaupun dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dicerca dengan pelbagai ejekan namun kesabaran Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengatasi segalanya dan menerima cercaan tersebut tanpa bertindak membalas dengan herdekan atau segalanya, termasuk menyaman di mahkamah kecuali yang terlampau sangat-sangat.

Dituduh apa sahaja termasuk pencuri, keturunan lanun, perompak dan sebagainya Dato' Seri Najib kekal bersabar dan sering memberikan senyuman kepada pengherdek, malah turut turun membantu jika ada yang memerlukan seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang ketika rakyatnya di timpa musibah.

Sedangkan Ketua Menterinya siang malam pagi petang mencerca dan menfitnah Dato' Seri Najib, namun disaat memerlukan bantuan maka Dato' Seri Najib lah tempat mereka merayu bantuan dan bila ini berlaku puak mereka memanggilnya pula dengan gelaran 'Robin Hood'.

Ini lah perangai hodoh puak pembangkang yang kerjanya siang malam menghina pemimpin yang di iktiraf oleh rakyat malah dunia juga turut menyanjungi pemimpin ini, tetapi rakyatnya sendiri seperti tiada kerja lain selain menghina dan mencerca Dato' Seri Najib.

Namun sifat seperti ini la yang perlu ada kepada semua rakyat Malaysia terutama mereka yang mahu menjadi pemimpin, kita seharusnya belajar untuk memiliki sifat terbuka, jangan suka mencerca dan menfitnah apa tah lagi jika kita ini adalah dari kalangan pemimpin kepada rakyat.

Seperti mana yang disarankan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, yang mahu setiap diri pemimpin mesti memiliki sifat sabar kerana dengan memiliki sifat sabar ini akan membolehkan seorang ahli politik atau pemimpin kepada rakyat untuk terus dihormati dan dapat kekal bertahan lama dalam barisan kepimpinan.

Pesan Tan Sri Annuar, lihat sahaja Perdana Menteri Dato' Seri Najib walaupun di perkata dengan pelbagai perkara nista difitnah dan sebagainya beliau tetap bersabar, malah diri beliau sendiri tidak melatah dan tidak membuat sesuatu tindakan yang boleh memudaratkan parti walaupun pernah tewas beberapa kali dalam pilihan raya umum.

Pemimpin politik tidak perlu mengikut jejak langkah seperti Mahathir yang kini bersama pembangkang yang di kuasai oleh DAP untuk menghancurkan parti UMNO dan Barisan Nasional yang pernah beliau sendiri menjadi Presidennya kerana dendam kepada Dato' Seri Najib.

Jika dahulu Mahathir cukup anti dengan parti DAP ini, pelbagai gelaran diberikan termasuk menyatakan parti DAP ini adalah parti perkauman dan resis, tetapi hari ini demi memenuhi nafsu dirinya maka beliau berpaling arah dan mula menabur fitnah kepada Dato' Seri Najib, termasuk menuduh Dato' Seri Najib sebagai seorang pencuri, perompak, lanun dan sebagainya.

Oleh itu setiap mereka yang mahu menjadi pemimpin harus belajar untuk memiliki sifat sabar ini dan sifat sabar Dato' Seri Najib ini boleh di jadikan contoh ikutan, agar mereka mudah untuk menerapkan nilai-nilai positif kepada orang yang di pimpin.

Bagaimana mahu menerapkan nilai positif jika pemimpin sendiri memiliki sifat nagetif.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan