Pakej Selamatkan DAP

Tokong DAP Lim Guan Eng tahu rakyat Pulau Pinang sangat marah dan kecewa dengan kerajaan negeri yang gemar membenarkan pembangunan lereng bukit sehingga menyebabkan tanah runtuh dan memburukkan lagi bencana banjir.


Sebab itulah dia lancarkan Pakej Selamatkan Penang bernilai RM100juta untuk memberi bantuan kepada lebih 100,000 keluarga dan tempat perniagaan yang mengalami kerugian kerana banjir.

Jelas ini adalah tindakan populis untuk redakan kemarahan rakyat. Sebenarnya pakej tersebut patut diberi nama “Selamatkan DAP”.

Tapi berbaloikah rakyat menyokong DAP semula hanya kerana pakej tersebut? Tahun ini sahaja, Pulau Pinang menghadapi lebih 20 insiden banjir serta beberapa insiden tanah runtuh yang telah mengorbankan nyawa.

RM100 juta itu tidak boleh mengembalikan nyawa serta tanah lereng bukit yang telah ditarah untuk pembangunan rumah mewah. DAP juga memberi diskaun 10% untuk cukai pintu padahal cukai telah dinaikkan lebih 14%-16%.

Lagipun Guan Eng hanya beri RM100juta untuk mangsa banjir sedangkan dia telah bayar RM220 juta untuk laporan kajian terowong bawah laut yang masih samar-samar.

Satu negara sudah tahu. Ini kali, DAP tidak boleh menipu rakyat lagi.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanproDAP

Post Metro Online

Artikel Berkaitan