Jangan Sabotaj Presiden Parti.

Membaca keluhan veteran UMNO bagai dapat dirasakan masih ada perlakunya aktiviti cah keting didalam UMNO atau pun mereka ini sendiri terasa seperti tidak dihargai atau tidak diberikan kasih sayang, wal hal perkara sebenarnya tidak.

Bukan sahaja yang veteran malahan yang sedang berjawatan sekarang ini pun masih ada yang gusar dengan kedudukan mereka dan sudah mula memasang team-team sokongan bagi persiapan untuk pengasingan jika berlaku perebutan kuasa terutama di peringkat bahagian.

Sebenarnya bagi pihak veteran UMNO mereka tidak perlulah menunggu 'ditawarkan' untuk menghulurkan bantuan, buat sahaja seperti kebanyakkan ahli biasa atau gurkha parti yang turun padang tanpa perlu ditawarkan dengan pelbagai janji dan imbuhan.

Tidak perlulah kita mendabik dada kononnya kita ini masih berbisa dan menyimpan begitu ramai pengikut yang mampu mengugat parti dan mereka yang tidak begitu memandang kearah mereka sebagai veteran parti.

Jika ini berlaku kelihatan sangatlah keiklasan mereka ada bersebab, mereka tidak bersedia rupanya untuk kembali menjadi gurkha dan membantu parti dalam diam, bantuan mereka mesti di hebohkan dan jasa mereka perlu di bukukan.

Tidak salah jika kita berada di bawah pentas dan bukan duduk di kerusi paling hadapan, biarlah kita bersama berdiri di belakang bersama dengan mereka yang pernah kita pimpin dahulu, sambil melihat akan peluang bagaimana mahu membantu parti untuk PRU ke 14 nanti, bukan lagi mengenang dan bercakap 'dahulu akulah di atas pentas tersebut'.

Rasanya dari kepimpinan tertinggi UMNO ia ini Dato' Seri Najib selaku Presiden UMNO dan juga kesemua Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak pernah mengenepikan orang lama UMNO apa tah lagi bagi mereka yang pernah menduduki kerusi kepimpinan parti dan negara.

Namun kita tidak perlulah menyimpan hasrad meninggi gunung, minta di sanjung bagai tok pekong keramat bagai, kita sepatutnya menempatkan diri sebagai milik awam yang mesra alam dan mudah didampingi dan yang penting jangan menyimpan dendam terhadap kepimpinan baharu.

Biarlah mereka meneroka mengikut zaman mereka dan kita memberi liputan perbandingan era masa kita bukan meminta mereka mendengar celoteh dan mengikut kehendak kita.

Seperti yang dinyatakan awalan tadi jika kita ingin membantu, bantulah sahaja tidak perlu di ugut bagai, bantu dalam diam afdalnya lebih memberi berkat dari bercakap seperti tidak meminta tetapi tangan menghulur.

Anak muda yang bekerja untuk parti jarang yang bertanya berapa peruntukkan mereka, bagi yang biasa sudah pasti akan meminta peruntukkan, tanpa peruntukkan kerja tak menjadi, lihat sahaja pejuang yang kebanyakkannya orang muda UMNO didalam media sosial, mereka ini berjuang tanpa memperdulikan peruntukkan.

Mereka berhadapan dengan puak pembangkang siang dan malam, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu atau istilah baharu mereka 25 jam 8 hari seminggu, mereka ini tidak diraikan malah tidak pernah di minta kehadapan meraikan kejayaan mereka membantu UMNO dan Barisan Nasional.

Tiada istilah meminggir atau mencurigai kepada semua ahli apa tah lagi dengan ahli veteran, jika ada sudah lama Mahathir atau Muhyiddin di pecat atas dasar curiga sebagai ahli yang mengkhianati perjuangan parti.

Kita jangan mudah terasa dengan gerakkan kepimpinan orang muda yang ghairah didalam mencorak gerakkan, jika terasa gerakkan pemimpin muda hari ini terlalu laju maka sedarlah bahawa gerakan kita sebenarnya yang semakin perlahan akibat kesan dari faktor umur dan kesihatan.

Ini bukan kerana kita di tinggalkan atau di pingirkan, tetapi kita semakin perlahan dalam mengejar atau bertindak, ada kalanya kita sendiri bercelaru dengan pergerakan dunia moden hari ini yang tidak berlaku di zaman kita sebagai ahli veteran.

Oleh itu menjelangnya pilihan raya umum ke 14 nanti, diharapkan tiada lagi perasaan terasa hati di pinggir atau di ketepikan, jika kita sebagai ahli veteran tidak dijemput ke depan tidak salah kita berada dikelumpok ramai untuk berbakti.

Tidak berada dihadapan bukan bererti kita tidak di pedulikan, bersangka baik, mungkin lebih ramai lagi yang perlu di kehadapankan, tidak jatuh martabat jika kita berada di khalayak ramai sebagai veteran.

Begitu juga kepada mereka yang telah terlalu lama menyandang jawatan di bahagian atau cawangan, jangan perasan diri itu masih muda belia, jika cara bekerja dan berfikir kebanyakkanya sudah kelaut, berikan kuasa kerja kepada mereka yang lebih berkaliber dan berdaya dayung.

Janganlah pula kita mahu menungkat sahingga ke langit tujuh, sedangkan amanah sentiasa terabai, aktif bila musim pilihan raya sahaja kemudian duduk dikelilingi oleh kroni dan keluarga.

Yang penting kini adalah memastikan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO kekal sebagai kerajaan memerintah, jangan di sabotaj tugas Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi, jadikan diri kita sebagai tauladan yang di contoh bukan yang di cemuh.

Sekian

Oleh- Bakal Veteran UMNO

Post Metro Online

Artikel Berkaitan