MCA- Kembalikan Keyakinan Kepada Rakyat.

MCA bukan mendabik dada tetapi lebih kepada menyedari hakikat bahawa memulihkan keyakinan rakyat kepada parti berkenaan setelah di tolak dalam beberapa PRU yang lalu adalah menjadi satu tranformasi berbeza kearah menyantuni rakyat secara keseluruhan tanpa mengira kaum.

Bukan berkata besar, tetapi adalah satu cita-cita dalam perjuangan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional, dan tidak memandang rendah pihak lawan, sebaliknya menjadikan serangan dan fitnah dari pembangkang terutama DAP untuk kembali memimpin rakyat.

MCA adalah sebuah yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan dan parti Barisan Nasional yang terus menerus menyokong dasar kerajaan dalam memacu kejayaan negara tanpa mengabaikan keperluan masyarakat Cina agar tidak ketinggalan di dalam arus kemajuan dan pembangunan ekonomi.

Apa yang perlu di pamirkan kepada rakyat bahawa MCA masih diterima terutama dari kaum Cina, walaupun sebelum ini mereka sentiasa diperlekeh oleh puak pembangkang yang diketuai oleh DAP dengan segala macam pembohongan dan fitnah, tetapi hari ini hasil usaha kepimpinan tertinggi dan ahli-ahli MCA masyarakat khususnya kaum Cina telah mula kembali memberi sokongan kepada MCA.

MCA telah berjaya membuktikan bahawa parti mereka lebih berjaya didalam membantu rakyat dari parti pembangkang DAP yang banyak berpolitik dari menjalankan tugas membantu rakyat, ini lah jiwa besar pemimpin MCA yang sentiasa menghulurkan tangan di ketika ada musibah yang melanda.

Aktiviti turun padang bukanlah sekadar mahu meraih undi semata tetapi ianya telah menjadi amalan parti MCA untuk bersama rakyat ketika didalam senang mahu pun ketika keadaan sukar seperti mana ketika berlaku banjir yang melumpuhkan Pulau Pinang baru-baru ini.

Ini membuktikan semangat tolong menolong telah menjadi amalan biasa pemimpin MCA jika dibandingkan dengan pemimpin pembangkang yang menghilangkan diri ketika rakyat dilanda kepayahan, semangat bantu membantu ini telah menjadi amalan pemimpin Barisan Nasional sejak sekian lama dahulu.

Perubahan pendekatan terhadap rakyat dan masyrakat Cina terutamanya telah membuahkan hasil, bila mana rakyat yang dahulu terhasud dengan pelbagai dakyah pembangkang kini telah mula memberikan respon kepada setiap aktiviti yang di anjurkan oleh parti MCA.

Rakyat kini telah sedar akan kesilapan mereka mempercayai dan termakan hasutan pembangkang agar membenci kerajaan Barisan Nasional dan orang Cina membenci pemimpin serta setiap ahli parti MCA, Rakyat kini telah menilai akan pembohongan puak pembangkang dan kini telah mula kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Setiap plan tindakan yang di anjurkan oleh pemimpin tertinggi MCA terutama dari Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menampakkan kesannya, anjuran bekerja dan turun padang membantu rakyat tanpa mengira kaum telah membuahkan hasil yang baik buat masa kini.

MCA telah mengambil pendekatan yang berbeza dan ini menjadi punca kembalinya sokongan rakyat khususnya kaum Cina kepada parti MCA yang terus meningkat dari hari ke hari, MCA telah banyak menyelesaikan masalah kaum Cina dan rakyat yang tidak diperdulikan oleh puak pembangkang yang bijak menabur janji semata.

Pendekatan Datuk Seri Liow telah berjaya meraih kembali sokongan rakyat khususnya kaum Cina negara ini untuk kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional, yang paling ketara ialah ketika warga Pulau Pinang di landa musibah banjir dan tanah runtuh yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong, parti MCA telah menunjukkan satu semangat baru untuk mengembalikan sokongan rakyat khususnya kaum Cina kepada parti MCA, setelah di ketepikan dalam pilihan raya umum ke 13 lalu akibat fitnah pembangkang.

Melupakan kealpaan lalu, MCA kini telah bangkit dan cukup bersedia untuk meraih kejayaan didalam pilihan raya umum ke 14 nanti untuk membantu Barisan Nasional meraih kemenangan besar dengan merampas kembali kerusi yang tewas pada musim yang lalu.

Presiden parti Datuk Seri Liow kini berkeyakinan bahawa masyarakat kaum Cina dan rakyat kini telah sedar akan penipuan puak pembangkang dan kekecewaan mereka akan mereka tunjukkan pada kertas undi pada pilihan raya umum ke 14 nanti.

Semoga segala usaha yang dilakukan oleh kepimpinan dan ahli MCA diseluruh negara bakal membuahkan hasil yang tidak dijangka.

Pemimpin MCA berkeyakinan bahawa rakyat sudah tidak mahu di tipu buat sekian kalinya.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan