SPAD - Operasi Pemeriksaan Jentera Berat Untuk Memastikan Keselamatan Penguna Jalan Raya Yang Lain

Kita biasa membaca atau mendengar berita berkenaan dengan kejadian kemalangan yang membabitkan kenderaan berat seperti lori yang membawa penuh muatan dan besar malah yang paling menyedihkan bila mana kenderaan kecil seperti kereta dan motor terbabit dengan kemalangan tersebut.

Ini kerana kenderaan berat tersebut mengunakan laluan yang sama dengan kenderaan yang lain dengan kata lain jalan raya adalah laluan dan perkongsian pengunaan bagi semua jenis kenderaan, tdak kira besar, kecil berat atau ringan.

Jadi bolehlah kita bayangkan jika sebuah kenderaan besar yang sarat dengan muatan sudah pasti jika berlaku kemalangan dan melibatkan kenderaan lain apatah lagi melibatkan kehilangan nyawa, sudah pasti akan mendatangkan kemarahan keluarga mangsa dan mereka yang terbabit.

Tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengadakan pemeriksaan dan melaksanakan peraturan bagi mencegah dari berlakunya perkara seperti diatas adalah sesuatu yang patut di terima oleh setiap pengendali atau pemandu kenderaan berat dan bukan melihat dengan pandangan nagetif terhadap penguatkuasaan peraturan tersebut.

Tujuan pemeriksaan adalah bagi memastikan bahawa setiap jentera yang bergerak di atas jalan raya seharusnya di selenggara dengan baik dan betul bagi memastikan keselamatan penguna yang lain dan bagi mengelakkan kemalangan dari berlaku sama ada akibat kecuaian pemandu atau kelemahan pada jentera terbabit.

Cemuhan sering dilemparkan kepada pihak SAPD yang menjalankan pemeriksaan terhadap jentera dan pemandu, disetiap pemeriksaan pihak SPAD akan bekerja sama dengan pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti PDRM, AADKM ( Agensi Dadah Kebangsaan), ini memberi makna bahawa SPAD bukan membuat peraturan sesuka hati mereka.

Kesemua tindakan yang dilakukan oleh pihak SPAD adalah semata mahu memastikan setiap pemandu dan jentera berat mereka benar-benar sempurna untuk berada dijalan raya termasuk pemandu yang bebas dari pengaruh dadah dan bebas dari perbuatan jenayah.

Operasi yang kebiasaannya dilakukan tanpa mengira waktu dan tempat adalah semata bertujuan untuk memastikan keselamatan dan bukan bertujuan untuk menyusahkan pemandu kenderaan terbabit, jadi sepatutnya tindakkan ini harus mendapat pujian dan bukan cemuhan masyarakat.

Yang mana tindakan SPAD ini adalah semata-mata mahu memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain jadi penguna jalan raya juga seharusnya membantu pihak SPAD untuk melaporkan setiap kecurigaan terhadap jentera dan juga pemandu yang dilihat sebagai cuai dan tidak mengutamakan keselamatan pengguna kenderaan awam dan penguna jalan raya selainnya.

Penguna kenderaan awam dan juga jalan raya harus memberi sokongan kepada tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar risiko kemalangan yang membabitkan kenderaan berat ini dapat di kurangkan yang mana kemalangan yang melibatkan jentera besar dan berat sering membabitkan kehilangan nyawa yang banyak.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan