Rumah Selangorku: Pakatan Kencing Rakyat

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sering mendabik dada kononnya dia lebih pandai daripada Khalid Ibrahim dan lebih berjiwa rakyat berbanding PM Najib Razak.

Rupa-rupanya Azmin sama saja dengan pemimpin Pakatan lain yang 'kaki kencing' dan putar alam.

Azmin berbohong apabila memberitahu kerajaan Selangor sedang membina rumah mampu milik di bawah Program Rumah Selangorku di Semenyih.

EXCO negeri, Iskandar Samad turut sama berbohong kerana mendakwa projek itu sudah siap dan menunggu penyerahan kunci.

Penduduk Semenyih ditipu hidup-hidup. Azmin lebih utamakan projek perumahan mewah yang dibina kroninya di kawasan tersebut. Azmin pasti tidak rasa bersalah kerana budaya menipu sudah menjadi darah daging Pakatan.

Lihat bagaimana dia menipu mahu selesaikan misi ambil alih syarikat air SPLASH yang sehingga hari ini tertangguh.

Dalam Bajet 2018, Azmin juga menipu kononnya bajet Selangor lebih baik daripada Persekutuan kerana lebih banyak peruntukan untuk pembangunan.

Walhal dia menipu dengan memindahkan peruntukan untuk program-program pengurusan di bawah bajet pembangunan.

Pakatan dan menipu berpisah tiada, ibarat isi dan kuku!

#Pakatankakikencing #TolakPakatanPRU14

Post Metro Online

Artikel Berkaitan