DAP Parti Cina, Bukan Parti Pelbagai Kaum

Lim Guan Eng cuba menegak benang basah apabila berkata DAP bukan hanya parti untuk kaum Cina tetapi untuk rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Sebaliknya dia menyalahkan pula BN kerana menjadikan DAP kelihatan parti hanya orang Cina.

Guan Eng tidak perlu berdolak dalih kerana sejak awal penubuhan, DAP memang dimonopoli satu kaum sahaja.

DAP menonjolkan dirinya sebagai parti cauvinis dan rasis, jauh berbeza dengan parti lain khususnya Parti Gerakan.

Orang Melayu dalam DAP hanya sebagai kuda tunggangan bagi memberi imej kononnya DAP parti pelbagai kaum.

Hakikatnya nasib orang Melayu dalam DAP hanya bergantung kepada ehsan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Dalam Pemilihan CEC pada Ahad lalu, hanya seorang 'Melayu' yang menang, Zairil.

Untuk mengambil hati Melayu, Kit Siang melantik Tengku Zulpuri sebagai Naib Presiden. DAP bukan saja meminggirkan Melayu tapi mereka juga anti Islam.

Slogan "Malaysian Malaysia" bukan saja mahu menghapuskan hak keistimewaan bumiputera tetapi juga tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Jika Guan Eng masih mahu mengatakan DAP mahu membela Melayu, ia merupakan satu pembohongan besar.

#PakatanProDAP #TOolakPakatanPRU14

Post Metro Online

Artikel Berkaitan