Pakatan Pembangkang Tolak Bajet Rakyat.

Ternyata laungan hidup rakyat didalam pakatan pembangkang adalah retorik semata, kerana mereka pada hakikatnya pembangkang menolak bajet yang dibentangkan oleh Dato' Seri Najib yang kebanyakkannya adalah untuk kepentingan rakyat jelata.

Pakatan pembangkang telah menolak kepentingan rakyat yang membawa makna mereka tidak menyokong Rang Undang-Undang Pembekalan 2018 atau Bajet 2018 yang telah diluluskan semalam.

Disetiap ceramah atau himpunan mereka sudah pasti nama rakyat akan berkumandang sebagai daya tarikkan kepada rakyat untuk hadir di perhimpunan mereka, wal hal segala kebaikkan yang dibawakan oleh kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mereka persetujui.

Malah diketika rakyat Pulau Pinang yang diuruskan oleh pembangkang telah diabaikan kebajikan mereka sahingga pihak kerajaan Barisan Nasional yang bertungkus lumus menyalurkan bantuan melalui agensi atau pun Pertubuhan NGO yang memihak kepada kerajaan Barisan Nasional.

Menyedari akan kesilapan mereka didalam hal pembentangan Bajet 2018, puak pembangkang telah membuat permohonan peruntukkan tambahan, satu tindakan yang terkebelakang setelah tidak bersetuju dengan pembentangan bajet 2018 yang turut memperuntukkan belanjawan untuk bencana alam seperti banjir.

Mereka terlalu sombong kerana tidak pernah memikirkan nasib rakyat kerana bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib turut menyenaraikan penambah baikkan kebajikan untuk rakyat seperti pemberian BR1M dan beberapa bantuan untuk meringankan beban rakyat.

Puak pembangkang yang diketuai oleh parti DAP sebenarnya telah mengunakan rakyat untuk kepentingan kuasa politik mereka dan bukan sebenarnya mahu membela rakyat, malah pembentangan bajet mereka hanyalah sekdar gula-gula politik semata.

Tindakan pakatan pembangkang menolak bajet 2018 ternyata mereka tidak memperdulikan kepentingan rakyat dan lebih mementingkan diri mereka sendiri, kerana mereka menolak bajet untuk rakyat, tetapi mereka tetap mengambil pelbagai peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk wakil rakyat.

Ternyata puak pembangkang tidak pernah memikirkan nasib rakyat sebaliknya lebih mengutamakan politik parti mereka semata dan berbohong kepada rakyat kononnya merekalah pejuang untuk rakyat, hakikatnya mereka boleh membuatkan rakyat hidup dalam sengsara dan merana.

Jika tidak berlakunya banjir besar yang melanda Pulau Pinang, rakyat sudah pasti tidak sedar akan betapa kerajaan pembangkang tidak pernah bersiap sedia dengan peruntukkan untuk menghadapi suasa bencana alam seperti yang di alami ketika ini.

Jika mereka tidak bersetuju dengan belanjawan 2018 kerajaan Barisan Nasional yang banyak menyediakan keperluan untuk rakyat bagaimana puak pembangkang mahu menyediakan satu peruntukkan untuk rakyat di ketika mengalami musibah seperti ini.

Jelaslah disini pakatan pembangkang sebenarnya telah mengunakan rakyat untuk meraih kuasa, rakyat harus sedar bahawa ini rupa bentuk dan sikap pembangkang yang sanggup mengunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Rakyat seharusnya sedar bahawa kepentingan rakyat merupakan agenda utama yang diberi perhatian dalam bajet 2018 kerana dengan memertabatkan dan mensejahterakan kehidupan rakyat sesebuah negara akan menerima tempias kemasyuran di peringkat dunia.

Rakyat seharusnya mengembalikan semula kuasa kerajaan sepenuhnya kepada Barisan Nasional yang lebih mengambil berat soal rakyat dan negara.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan