Sedih Dengan Kemalangan Yang Menimpa Ketua Pemuda MCA

Tanpa mengira kedudukan, pangkat dan pegangan agama, sebagai rakyat Malaysia kita juga turut merasa kesedihan yang di tanggung oleh Ketua Pemuda MCA Tanjong, Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang.

Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri dan juga Pengerusi Barisan Nasional lebih terharu dan sedih jika malang yang menimpa melibatkan anggotanya dari komponan Barisan Nasional sendiri.

Dato' Seri Najib sendiri melafaskan rasa duka citabeliau dan tidak dapat mengambarkan betapa tragiknya bagi Lim Swe Bok yang berhadapan dengan kejadian malang yang membabitkan keluarga termasuk anak dan isterinya.

Diketika ini sebagai rakan dan kawan didalam perjuangan parti seharusnya kita juga turut berasa sedih dengan kejadian yang menimpa sahabat kita saudara Lim Swee Bok, apa yang berlaku cukup menyayat hati kita.

Tidak dapat kita bayangkan bagaimana untuk menghadapi dan mengharungi saat berpisah dengan keluarga tersayang dalam sekelip mata sahaja.

Keseluruhan kepimpinan parti MCA, bersama berkongsi kesedihan yang di hadapi oleh Lim, malah tindakan kepimpinan parti MCA yang menyalurkan bantuan segera bagi meringankan beban sangat-sangat menunjukkan semangat setia kawan.

Lim yang kehilangan Isteri, anak lelaki dan perempuannya serta ibunya dalam satu kebakaran sangat-sangat memilukan dan sukar untuk digambarkan kesedihan yang di tanggung.

Sebetulnya Lim masih lagi didalam kesedihan akibat kehilangan mendiang ayahnya seminggu sebelum kejadian kebakaran yang meragut keluarganya berlaku.

Kehadiran Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta beberapa orang anggota kepimpinan parti MCA pusat dan negeri sedikit sebanyak dapat meredakan kemurungan yang di hadapai oleh LLim Swee Bok.

Didalam suasana begini sokongan kepimpinan parti kepada Lim memberi gambaran bahawa kepimpinan parti tidak pernah mengabaikan kebajikan ahli mereka, apa tah lagi jika mereka terdiri dari kepimpinan di peringkat bahagian yang mengambarkan hubungan mereka bagai satu keluarga besar.

Tiada siapa yang mampu melalui dugaan berat seperti ini. Namun diharapkan semoga saudara Lim terus tabah dalam menjalani kehidupan dan meneruskan perjuangan bersama parti.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan