SPAD Memastikan Penguna Kenderaan Awam Dan jalan Raya Selamat Dan Selesa

Tindakan tegas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukanlah kerana suka-suka mahu mendera dan menyusahkan pengendali dan pemandu pengangkutan awam, sebaliknya ia bertujuan bagi memastikan setiap kenderaan yang digunakan sebagai kenderaan pengangkutan di jamin dalam keadaan selamat untuk di gunakan.

Ianya bukan sahaja dituju atau penumpuan kepada kenderaan seperti teksi dan bas sebaliknya kesemua kenderaan pengangkutan yang berada dijalan raya, bagi memastikan ianya benar-benar selamat.

Permerhatian bukan sahaja kepada kenderaan atau pengendali tetapi juga kepada pemandu yang mengendalikan jentera pengangkutan, termasuk memastikan setiap pemandu jentera bebas dari pengaruh dadah dan akohol.

Malah bagi setiap pemandu teksi dan bas pula mereka mestilah bebas dari pertuduhan jenayah selain dadah.

Bagi pemilik kenderaan pula mereka adalah yang bertanggungjawab terhadap kenderaan yang di bekalkan untuk kegunaan pengangkutan, mereka harus memastikan kenderaan tersebut diselengara dengan sempurna agar kemalangan akibat kenderaan yang tidak diselenggara dengan sempurna.

Kita biasa mendengar alasan pemandu bas dan kenderaan berat bahawa jentera mereka hilang kawalan atau peralatan jentera tidak berfungsi, ksemua alasan ini adalah jawapan penyelamat agi mereka yang terbabit.

Oleh itu pihak SPAD sering mengadakan serbuan dan pemeriksaan secara rawak dan mengejut bagi memastikan setiap kenderaan yang beroperasi benar-benar selamat untuk berada di jalan raya.

Sekarang ini teralu banyak kenderaan berat yang beroperasi tidak melepasi pemeriksaan SPAD dan terpaksa menamatkan operasi mereka sahingga pihak pengendali melakukan pemeriksaan penyelengaraan yang disahkan oleh pihak berkuasa.

Kejadian pemandu bas dan jentera berat yang di dakwa di mahkamah juga kian meningkat yang membuktikan bahawa pihak SPAD tidak akan berkompromi dengan pengendali, pemandu yang cuai mengendalikan kenderaan mereka.

Kita tidak mahu lagi mendengar berita kematian akibat kemalangan yang melibatkan bas ekpress dan jentera pengangkut yang lain seperti lori dan treler.

Tindakaan tegas harus dikenakan kepada setiap pengandali dan pemandu yang di laporkan mengabaikan soal keselamatan jentera dan penumpang ketika berada dijalan raya.

Sementara kepada pemandu jentera berat dan bas seharusnya mereka ini mengambil perhatian terhadap segala aspek keselamatan termasuk jenis kenderaan yang mereka bawa, kelajuan yang dibenarkan serta beban muata yang mereka bawa.

bagi penguna kenderaan awam juga mereka seharusnya bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak SPAD untuk melaporkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemandu ketika beroperasi, sikap pemandu kenderaan awam yang cuai tidak harus di beri muka.

Tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah bagi memastikan penguna pengangkutan awam dan penguna jalan raya merasakan perjalanan mereka selesa dan selamat sepanjang berada didalam kenderaan awam dan di atas jalan raya.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan