Jadi Barua DAP Tiada Maaf Bagi Mu

Dalam kepincangan pengurusan dan prihal untung rugi perjalanan urus niaga 1MDB, Mahathir cukup-cukup arif dan mahir mengulas serta menuduh Dato' Seri Najib terkait dengan apa yang berlaku didalam urus niaga 1MDB, namun tiada satu bukti pun yang terzahir dari semua pertuduhan Mahathir selain mengatakan bahawa ianya adalah aduan dari sipolan dan sipolan.

Namun didalam kes kerugian Forex yang jumlahnya dikatakan mencecah 32 billion ketika Mahathir adalah Perdana Menteri beliau hanya menjawab 'tidak tahu', malah mengambing hitamkan pegawai atau menteri pada era itu sebagai tidak bijak mengendalikan urus niaga tersebut sehingga mengalami kerugian.

Ketika ini Mahathir terlalu sibuk mendesak agar Najib di bawa kemuka pengadilan sedangkan tiada satu laporan polis atau pendakwaan pernah dibuat terhadap Dato' Seri Najib selain tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan spekulasi semata.

Ianya berbeza dengan tuduhan terhadap Mahathir oleh Lim Kit Siang yang mendakwa berlakunya ketirisan dan kerugian dalam krisis Forex Bank Negara, sehingga di minta kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal forex Bank Negara, namun tidak diendahkan.

Kerana khuatir siasatan akan menjurus dan membawa kepada bencana politik yang juga boleh menjejaskan reputasi orang-orang berjawatan tinggi yang juga ahli politik kerana siasatan suruhanjaya akan melibatkan prilaku jenayah termasuklah kecuaian, penyalahgunaan kuasa, pemalsuan akaun, “perakaunan kreatif”, memberi maklumat salah, pecah amanah dan rasuah.

Tetapi hari ini Mahathir bersungguh-sungguh bersama dengan Lim Kit Siang kepala dalam parti pembangkang DAP berjuang kononnya mahu selamatkan Malaysia dari cengkaman Dato' Seri Najib, sehingga Lim Kit Siang terlupa bahawa Mahathir dahulu adalah orang yang mahu di dakwanya kerana skandal rasuah dan telah menghilangkan duit 32 billion dalam skandal Forex Bank Negara.

Nampaknya kini kesemua dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh Lim Kit Siang ketika Mahathir adalah Presiden UMNO telah menjadi suci bersih gara-gara kini telah menjadi barua serta tali barut kepada pembangkang untuk menghancurkan negara Malaysia ini atas nama palsu 'Selamatkan Malaysia'.

Dalam tidak sedar kini, Mahathir sudah seperti menjadi alat kepada pembangkang DAP untuk digunakan bagi menjahanamkan bangsa Melayu, Mahathir dipergunakan untuk meraih undi orang Melayu dan kini pada Mahathir DAP bukanlah lagi sebuah parti resis seperti mana yang dilaungkannya dahulu.

Mahathir kini menjadi alat pemusnah bangsa Melayu, dengan tingkah laku menyanjung tinggi prilaku pemimpin DAP yang pernah dikatakan resis ternyata membuktikan bahawa Mahathir telah menjadi alat kepada kerakusan puak pembangkang DAP untuk menguasai Tanah Melayu.

Mahathir boleh sahaja meletakkan apa sahaja slogan malah mengunakan nama Melayu sekali pun untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu namun untuk membiarkan negara dijajah oleh puak pembangkang DAP adalah pasti tidak akan dibenarkan oleh bangsa Melayu dan ianya pasti terhalang.

Sesuatu yang harus Mahathir tahu bahawa menjadi barua kepada DAP tidak akan di maafkan oleh orang Melayu yang selama ini mempertahankan dirinya sama ada ketika menjadi Perdana Menteri mahupun menjadi Presiden UMNO, kehilangan berbillion ringgit dizamannya rakyat mungkin boleh memaafkannya namun menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Negara Malaysia, Mahathir pasti akan di tentang dan tidak di maafkan.

Jika dahulu Mahathir dihadapan ahli UMNO dan orang Melayu di Malaysia cukup-cukup berani mengkritik parti DAP sebagai sebuah parti yang rasis, namun hari ini Mahathir sudah seperti di pegang anunya sehingga terketar-ketar bila disebutkan nama DAP.

Segalanya yang tidak boleh yang didakwa sebagai haram ketika dizaman pemerintahannya kini perkara yang sama harus diboleh dan dibenarkan oleh kerajaan, jika tidak maka beliau akan menuduh kerajaan pimpinan Najib adalah zalim, demonstrasi jalanan adalah satu contoh bagaimana DAP berjaya menguasai Mahathir.

Matlamat menghalalkan cara bagi Mahathir hari ini, malah sanggup diperkudakan demi mahu terus dilihat sebagai masih berkuasa menentukan itu dan ini, yang haram menjadi halal baginya demi mahu terus berkuasa dan meletakkan keluarga dan kroni didalam kekenyangan dengan harta bumi Malaysia.

Belum terfikir sehingga kini adakah kematian Mahathir esok atau lusa mayatnya akan diangkat sebagai pahlawan atau pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Sedarlah Mahathir pengkhianatan kamu tidak akan dimaafkan oleh bangsa Melayu, kehilangan berbillion ringgit dengan alasan 'tidak tahu' mungkin boleh dimaafkan namun pengkhianatan kepada anak bangsa Melayu dan bumi Malaysia dengan menjadi barua kepada DAP tidak sesekali dimaafkan.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan